"Saya sedang mencari beberapa orang trader yang ingin konsisten dan berjaya untuk bersama kami..."

Andakah anda salah seorang daripada mereka? Jika andalah yang kami seru, sertai saya Wafi Azian bersama team WR untuk sesi personal 1-on-1 selama 12 bulan dan kami bantu anda untuk meningkatkan keuntungan trading seperti yang anda impikan.

Dari Meja Seorang Trader

Assalamualaikum & hai,

Saya sedang membuat pencarian sekumpulan trader yang komited dan berminat untuk mentransformasikan cara fikir dan gaya trading mereka.

Jika anda ingin menjadi jerung dalam Futures Trading, bergaul dengan trader yang  berpengalaman dan kekal lama dalam bidang ini…

…anda MESTI memberi perhatian kepada apa yang akan saya sampaikan sekejap lagi. Ini adalah satu jemputan  ekslusif untuk anda menyertai kumpulan trader yang ingin terbang tinggi dalam Futures Trading.

"Sebelum anda melangkah lebih jauh, suka untuk saya nasihatkan bahawa bukan semua orang layak untuk menyertai kumpulan ini."

Jika anda takut result yang anda dapat nanti tidak seperti yang anda harapkan – dan jika anda sudah berpuas hati dengan hasil trading anda sekarang untuk 1-10 tahun akan datang – maka jemputan ini bukannya untuk anda.

Jika anda bukanlah seorang yang positif, boleh diajar dan terbuka untuk menerima perubahan ke arah menghasilkan trading yang lebih berjaya dan konsisten, ini juga bukan untuk anda.

Jika anda sedang mudah gelap mata atau menyangka ini adalah skim cepat kaya dan anda tidak fokus untuk membina laluan anda untuk jangka panjang, sila berhenti di sini.

Dan jika anda menyangka bahawa menjadi jerung dalam industri ini adalah kerja one man show, dan anda tidak percaya bahawa sekumpulan trader berpengalaman dan berjaya tidak sedikitpun membantu keputusan trading anda, maka komuniti ini bukanlah untuk anda.

Sekiranya anda telah jelas dengan nasihat saya, ada satu lagi soalan yang penting untuk anda jawab di sini: adakah anda sudah jumpa jalan untuk konsisten membuat duit melalui trading? Jalan yang menjadikan anda yakin dengan setiap keputusan trading anda dan jalan itu telah memberikan anda kebebasan hidup dan berjaya meningkatkan prestasi trading anda?

Jika anda macam orang-orang biasa di luar sana, jawapan anda adalah TIDAK.

Beribu orang di Malaysia ini tidur bermimpikan akaun bank yang gemuk-gemuk hasil konsisten buat duit dengan trading…tetapi anda boleh bilang dengan jari siapa yang telah betul-betul berjaya melakukannya.

Kenapa?

Ada 3 sebab mengapa ini berlaku.

3 Halangan Terbesar Yang Berlaku Pada Trader Baru dan Lama

Halangan pertama ialah ketakutan.

Inilah yang telah menghalang sesiapa sahaja di luar sana daripada membuka akaun trading pertama mereka. Mereka mendengar kisah-kisah bagaimana rakan-rakan mereka yang pernah memulakan trading dengan strategi begitu begini yang pasti menjadikan mereka jutawan, namun akhirnya kerugian tanpa tinggal sesen pun.

Jika anda juga mendengar kisah-kisah sebegini, saya faham. Memang sukar untuk bermula dalam industri ini walaupun sekadar geli-geli, kerana risikonya kelihatan sangat tinggi.

Halangan kedua ialah tiada ilmu yang betul.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah: anda boleh dapat tips-tips buat duit dan kaya cepat di mana-mana saja. Mungkin ada kenalan anda yang berjaya membuat duit dengan trading dalam masa yang singkat dan percaya bahawa strategi yang dia gunakan adalah betul.

Atau anda pernah Google nasihat dan tips di blog-blog pelaburan dan membaca ramalan penulis tentang 'the next big thing' yang bakal menghasilkan RM juta-juta.

Tetapi, cuba anda cari satu metod yang pernah berjaya menghasilkan duit bukan sekali tetapi berkali-kali. Pernah anda jumpa?

Apapun, sama saja samada anda takut nak bermula atau anda bermula dengan satu strategi magik kemudian berhenti trading kerana mengalami kerugian atau terus mencuba berkali-kali dan hilang semua modal pelaburan anda.

Halangan ketiga ialah komuniti.

Tahukah anda, sikap dan perangai anda dipengaruhi oleh 5 orang yang paling banyak anda luangkan masa bersama?

Ertinya jika anda dikelilingi oleh kumpulan manusia yang mempunyai cara fikir, pengalaman dan personaliti tertentu, anda akan dipengaruhi oleh mereka samada anda suka atau tidak. Kita adalah produk kepada persekitaran kita dan mereka yang berada di sekeliling kita mempunyai pengaruh ke atas kita. Lihat 5 orang yang paling rapat dengan anda dan kaji berapa banyak ciri persamaan, perangai dan keputusan sama yang anda ada/buat sama seperti mereka.

Sekarang cuba anda bayangkan jika anda berada dalam satu bilik dan di kiri dan kanan anda adalah 2 orang trader berpengalaman dan berjaya.

Tidakkah anda berasa teruja dan yakin untuk mencapai impian anda dengan lebih cepat? Inner Circle ini juga berpeluang untuk berjumpa dengan saya dan WR Team secara langsung sebanyak 2 kali setahun.

5 Sebab Kenapa Anda Mesti Sertai
WR Inner Circle Hari Ini

1. Trading Berstrategi, Bukan Magik

Kami mempunyai strategi dan senjata trading yang khusus dan telah dibuktikan berkesan untuk meningkatkan prestasi trading, di samping dapat meminimumkan risiko dan memaksimumkan keuntungan.

Mengambil jalan singkat dan mudah biasanya sangat berisiko tinggi dan tidak memberi penghasilan yang baik untuk jangka panjang. Sebaliknya jika anda menggunakan metod kami, anda dapat mengurangkan kerugian dan meningkatkan kekerapan untung, menjadikan anda tetap tenang menjana keuntungan bersih kerana ia rendah risiko.

Dan jika anda komited mempelajari cara trading yang betul daripada asas dan sentiasa mengasah skil trading anda, tidak mustahil anda dapat menjadikan bidang ini satu kerjaya samada secara part time atau mungkin full time.

 

 

2. 5 Sesi Bersama Mentor

Anda berpeluang untuk berinteraksi dan mengatur gerak kerja trading melalui chat room bersama-sama dengan trader konsisten yang berpengalaman.

Ahli Inner Circle akan mendapat 5 sesi mentoring daripada trader konsisten dan tenaga pengajar WR Trader Academy.

Dalam setiap sesi ini, kami akan menjawab setiap persoalan anda, membimbing anda melakukan trading dengan betul dan membantu menyelesaikan permasalahan trading anda supaya anda juga dapat menjadi trader konsisten seperti kami.

3. Akses Keahlian Yang Ekslusif

Anda juga akan diberikan akses kepada kesemua material yang kami sediakan untuk peserta peringkat asas dan Premium serta menyertai sesi personal coaching dengan Wafi Azian dan tim WR Trader Academy.

Sebagai ahli Inner Circle, anda mendapat:

  • Setahun akses ke material peringkat Asas dan premium
  • 6x mentoring mingguan secara online 
  • Akses ke chat room ekslusif WR Inner Circle selama 1 tahun
  • Akses ke simulator selama 1 tahun

4. Mentor Yang Membantu, Bukan Membantut

Biasanya terdapat 3 sesi study group bersama ahli Inner Circle secara online, setiap minggu. Mentor akan berbincang dan membuat review ke atas aktiviti trading yang telah anda jalankan pada minggu tersebut serta membuat laporan kemajuan.

Sesi perjumpaan yang kerap sebegini member peluang kepada kami untuk memahami gaya trading anda dan memantau strategi trading anda. Sesi mentoring ini biasanya mengambil masa antara 30-60 minit.

Ramai peserta mengakui bahawa sesi mentoring ini sangat membantu perjalanan trading mereka. Matlamat kami adalah untuk menyaksikan anda berjaya. Kami akan membantu sedaya upaya supaya anda dapat membina asas-asas yang diperlukan untuk menjadi trader konsisten. Setiap sesi mentoring akan dirakam supaya peserta yang ketinggalan, dapat membuat rujukan daripada sesi yang lepas.

Selain sesi ini, ahli Inner Circle juga diberikan prioriti dalam setiap interaksi.r

5. Pencapaian Anda Diutamakan

Inbox email, Whatsapp dan Telegram saya sentiasa dipenuhi dengan soalan, request dan permasalahan yang diajukan oleh trader dari segenap ceruk tanah air ini.

Sebagai ahli Inner Circle, anda akan mendapat keutamaan dan perhatian yang lebih daripada saya dan tim WR Trader Academy. Saya nak membantu anda dan melihat anda mendapat hasil dengan pantas. Sebab itu, saya wujudkan Inner Circle ini, supaya saya dapat berada dekat dengan anda, dan anda mendapat bimbingan yang lebih daripada saya berbanding mereka yang bukan ahli.

Saya tak dapat menyenaraikan semua yang akan anda pelajari dan apa tools yang anda akan dapat di sini, kerana ia terlalu banyak. Saya cuma nak berikan gambaran kasar supaya anda yakin bahawa sistem ini memang direka khusus dan komprehensif sebagai satu sistem yang dapat menghasilkan kejayaan yang konsisten kepada trader di luar sana.

Pendaftaran Kini Dibuka

Jangan lepaskan peluang ini! Anda tak dapat mencari sistem latihan yang lebih komprehensif daripada apa yang kami tawarkan di sini, di tempat lain. 

Berhenti menggesek biola, dan mulakan langkah ke arah mencapai impian anda. Tempat adalah terhad. Kami hanya menawarkan beberapa kekosongan sahaja. Tawaran ini akan ditutup sebaik sahaja semua tempat diisi oleh mereka yang pantas dan komited.

Saya menunggu anda untuk kita sama-sama jadikan anda, the REAL TRADER!

Wafi Azian