Affiliate | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

WR Affiliate Program

Jana Pendapatan Sampingan Anda Bersama WR Trader Academy

Promosikan produk kami secara online dan nikmati ganjaran sehingga 60% bagi setiap jualan yang terhasil

Kenapa Anda Perlu Menyertai Program Affiliate WR Trader?

Pendaftaran Percuma

Tiada yuran bulanan, tahunan mahupun on-off dikenakan. Anda juga tidak perlu membuat pembelian produk untuk kekal sebagai ahli.

Alat Pemasaran Disediakan

Kami sediakan bahan promosi seperti banner, copywriting dan sebagainya. Anda hanya perlu membuat promosi sahaja.

Komisen Yang Lumayan

Komisen yang kami tawarkan merupakan antara yang tertinggi di Malaysia. Anda berpeluang untuk menjana sehingga 60% komisen bagi setiap produk.

Bagaimana untuk menyertai program ini?

Kami tahu, bukan mudah nak menjana duit online.
Justeru, kami telah merangka satu program yang mudah untuk anda sertai dengan komisen yang tinggi.

Daftar Secara Online

Hanya beberapa minit sahaja diperlukan untuk anda mendaftar dan menyertai sistem affiliate WR ini. Semuanya dilakukan secara online dan tiada bayaran pendahuluan dikenakan.

Kongsi Link Affiliate Anda

Dapatkan link affiliate anda dan promosikan link tersebut di Facebook, Twitter, blog dan email menggunakan kreativiti anda.

Semak Komisen Anda

Komisen akan dikira secara automatik setiap kali referral anda membuat pembelian di website kami.

SOALAN LAZIM AFFILIATE

Senarai soalan lazim ini mungkin membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang program affiliate kami.

S : Apa itu Affiliate?

J : Affiliate merupakan agen jualan yang lakukan aktiviti mempromosikan produk kepada orang ramai. Affiliate akan menerima komisen bagi setiap jualan yang berjaya dihasilkan.

S : Apakah syarat untuk menyertai program Affiliate WR Trader?

J : Penyertaan adalah terbuka dan anda mestilah berumur 13 tahun dan ke atas.

S : Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar sebagai Affiliate?

J : Tiada. Ianya percuma!

S : Bagaimana jualan produk yang saya promosikan dikesan?

J : Kami menggunakan sistem tracking dalam bentuk cookies yang mengandungi ID anda. Cookies ini akan mengesan ID affiliate anda dan akan merekodkan setiap jualan yang anda lakukan.  

S : Bilakah saya akan dibayar/menerima komisen saya?

J : Komisen yang terkumpul selama sebulan, akan dibayar dalam masa 5 hari selepas tamat tempoh bulan tesebut. Sebagai contoh, komisen yang terkumpul dari 1 Jun 2019 – 30 Jun 2019, akan mula dibayar kepada anda pada di antara 1-5 Julai 2019.

S : Bagaimanakah komisen tersebut dibayar?

J : Pihak kami akan mengkreditkan komisen tersebut ke dalam akaun anda. Pastikan anda memberikan nombor akaun yang betul untuk tujuan tersebut.

S : Adakah saya perlu request “payout payment”?

J : Tidak perlu, bayaran komisen akan dibayar secara automatik kepada anda setiap bulan (selewat-lewatnya pada setiap 5hb), tidak kira berapa pun komisen tekumpul yang ada di dalam akaun anda.