Kisah Zionis Mahu Membeli Palestin Dari Uthmaniyyah | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kisah Zionis Mahu Membeli Palestin Dari Uthmaniyyah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Palestin, sebuah tanah subur yang menyaksikan tempat tanah suci bagi 3 agama terbesar dunia – Yahudi, Nasrani dan Islam.

Nakbah

Sejak peristiwa Nakbah pada 1948, bumi Palestin tidak lagi tenang.

Penduduk-penduduk asal Palestin diusir, rumah-rumah dirampas malah ramai yang dicedera dan dibunuh.

Ini semua kerana Zionis mahu membuka penempatan-penempatan baru kepada pendatang-pendatang haram Yahudi yang datang dari Eropah.

Gerakan Zionis ini sebenarnya bermula sudah lama sebelum itu. Pada tahun 1856, mereka sudah mula membeli tanah-tanah pertanian daripada peladang-peladang Palestin yang tidak berduit dan berhutang.

Pemerintahan ketika itu iaitu Khalifah Uthmaniyyah menghidu usaha jahat mereka, maka pada 1892M telah melarang rakyat Palestin menjual tanah kepada Yahudi.

Herzl berjumpa Sultan


(Theoder Herzl)

Pada tahun 1896M, Theoder Herzl, seorang wartawan dan juga pengasas gerakan Zionis telah menawarkan £20 juta (nilai hari ini: USD $2.2 bilion) untuk membeli Palestin dari Khalifah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II.

Pada sangkaan Herzl, tawaran itu mampu menggoyahkan pendirian Sultan, kerana nilai itu dapat membayar 20% daripada keseluruhan hutang Kerajaan Ottoman.

Sultan menjawab, “Aku tak dapat menjual walau satu kaki tanah Palestin, kerana ianya bukan milikku, tetapi umatku.”


(Sultan Abdul Hamid II)

“ Umatku telah melawan untuk menguasai semula tanah ini dengan darah mereka, dan menyuburkannya dengan darah mereka. Kami sanggup bermandi darah sebelum kami membenarkan ianya diambil daripada tangan-tangan kami.”

5 tahun kemudian, Herzl mengulangi tawarannya tetapi tetap ditolak.

Kesimpulan

Daripada penulisan pseudo-novel Theoder Herzl bertajuk Der Judenstaat, beliau berjaya menyatukan pemikiran diaspora Yahudi di negara-negara Eropah, membina kesatuan dan seterusnya membina sumber kewangan sehingga mampu membeli sebuah negara.

Walaupun Sultan Abdul Hamid tidak bersetuju, beliau kemudiannya digulingkan oleh orang-orangnya sendiri melalui Revolusi Turki Muda dan pemberontakan Arab diketuai oleh Hussein bin Ali.

Setiausaha Luar British, Arthur James Balfour dan deklarasi beliau yang mengubah sejara Palestin. (Setiausaha Luar British, Arthur James Balfour dan deklarasi beliau yang mengubah sejarah Palestin.)

Dan ini, seterusnya membuka peluang kepada Zionis melalui penguasaan British di Palestin pada tahun 1923.

Sesungguhnya hanya iman dan amal dapat menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat. Semoga kita terus kuat untuk kerja keras demi membantu saudara-saudara kita yang tertekan.

Semoga Allah SWT memberi kesatuan hati, kekuatan ekonomi dan keimanan kepada umat Islam, seterusnya menyaksikan pembebasan Palestin, Syria, Uyghur dan Rohingya daripada cengkaman penjajah.

BERITA BAIK

Berita baik untuk anda, WR Trader Academy akan dedahkan rahsia dan teknik trade FCPO yang terbukti berkesan selama berbelas tahun dan digunakan secara rahsia oleh beberapa jutawan senyap untuk profit setiap hari dalam program terbaru kami.

?????? ?????? ???? (???)

3 rahsia trader jutawan yang bakal dibongkarkan dalam program RTF:

[ ? ] Rahsia asas mulakan pelaburan pertama di instrument FCPO dengan mudah walaupun anda tak pernah trade sebelum ini.

[ ? ] Rahsia Teknik RTF yang mudah dan ringkas tapi boleh menjadi ‘?????? ??????’ untuk mula mencetak duet dalam trading FCPO.

[ ? ] Rahsia bagaimana student WR jana ????% ????? ???? ? ????? dan boleh beli rumah. Terbukti berkesan.

Segala yang bakal anda belajar dalam Program RTF ini mungkin boleh menjadi ‘???? ???????’ anda pada tahun 2021 ini.

Klik link di sini untuk tahu info lanjut dan daftar SEKARANG!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI