Pada 21 Februari 2021, kumpulan pertama bekalan vaksin COVID-19 Malaysia telah selamat tiba di tanah air. Vaksin ini dibekalkan oleh Pfizer-BioNTech daripada Jerman dan dilaporkan beberapa syarikat lagi akan membekalkan vaksin ke negara ini bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Kesan Ekonomi Negara Dengan Kehadiran Vaksin
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma yang dipetik daripada BERNAMA melaporkan bahawa ekonomi Malaysia diramalkan akan mengalami pemulihan pada suku ketiga 2021 bergantung kepada kelancaran pelaksanaan program ini.
Dijangka ekonomi negara akan pulih dalam kadar 4.5 hingga 5 peratus secara keseluruhan. Sektor-sektor yang terlibat dalam perkhidmatan dan pembuatan bakal menerima impak yang amat positif.
Antara sub-sektor yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik adalah seperti pelancongan, pembuatan dan eksport. Ini kerana sektor ini yang mengalami kesan paling buruk atas penutupannya ketika dalam fasa Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).
Selain itu, kadar pengangguran negara juga dapat dikurangkan. Banyak peluang pekerjaan dapat dibuka semula.
Kesan Kepada Pasaran Modal
Dengan kehadiran vaksin, dapat kita katakan bahawa negara berada dalam fasa pemulihan yang lebih pesat lagi. Sekaligus, pergerakan pasaran modal juga dijangka bertambah baik. Pelbagai tema industri akan mengalami kesan yang positif.
Antara sektor di dalam Bursa Malaysia yang kami rasakan akan mengalami pertumbuhan menarik adalah:
- Kesihatan – Vaksin
- Pengangkutan – Pelancongan, Penerbangan
- Pengguna – Perladangan, Penternakan, Barangan Runcit
Kesimpulan
Sebagai trader, kita harus mengenal pasti kaunter saham yang mempunyai potensi untuk mengalami kenaikan. Satu lagi, kita juga harus mengikut jejak langkah ‘Jerung’ yang membuat pembelian secara pukal ke atas suatu kaunter itu sekaligus mempengaruhi pergerakan harganya.
Untuk memeriksa sama ada sesuatu kauter saham itu telah ‘dihuni’ oleh ‘Jerung’ atau tidak, memang sukar. Tapi tidak lagi dengan adanya ‘Indikator Jerung WR Method’.
Ya. ‘Indikator Jerung WR Method’ merupakan satu indikator dalam teknikal analisis pasaran saham yang mampu mengesan kehadiran ‘Jerung’ sama ada mereka membuat belian ataupun membuat jualan.
Apabila ‘Jerung’ masuk, potensi untuk harga meningkat itu ada, jadi kita sebagai pelabur bijak, ikutlah mereka masuk ke dalam kaunter tersebut. Begitu juga apabila ‘Jerung’ keluar daripada sesuatu kaunter, kita boleh bersedia untuk melepaskan posisi pegangan saham tersebut agar tidak terkena dengan kejatuhan harga saham.
Jadi apa tunggu lagi? Klik sini untuk maklumat lanjut. Tawaran adalah terhad!