Ini adalah kisah Dr Azim. Seorang doktor perubatan yang sebelum ini berkhidmat di sebuah hospital di Sabah.
Telah lama beliau memohon untuk bertukar ke Semenanjung. Akan tetapi, ianya tidaklah mudah memandangkan khidmatnya diperlukan di Negeri di Bawah Bayu. Lagipun, ramai juga rakan-rakan seperjuangan seperti beliau, mahu pulang lebih dekat dengan tempat asal.
Jumpa cikgu trading di FB
Pada tahun 2016, dalam kesibukannya, ketika sedang berehat sebentar untuk menilik Muka Buku, beliau ternampak seorang rakannya memberi komen di profil seseorang yang bernama Wafi Azian.
Wafi Azian, tidaklah pernah beliau kenali sebelum ini. Menurut profil berkenaan, Wafi Azian adalah seorang pedagang di Bursa Malaysia dalam pasaran Futures Crude Palm Oil.
Terus terang, Dr Azim langsung tidak pernah mengetahui dunia bursa. Dan langsung tidak ada minat trading sebelum ini.
Wafi sedang mencari pelajar untuk berada di bawah bimbingannya. Dan setelah Dr. Azim selidik, trading FCPO boleh buat duit.
“Cuba je dulu,” getus hati Dr Azim.
Lantas, dia memberanikan diri untuk mendaftar kelas Wafi Azian.
Tidak lama kemudian, Dr Azim hadir ke kelas trading yang diadakan di Puchong.
Selepas kelas
“Selepas kelas tu, sebenarnya saya tak trading,” kata Dr Azim.
“Saya masuk kelas, tetapi saya masih tak percaya sebab baru-baru je kenal Wafi.”
“Masa itu, pelajar-pelajar dibimbing selama 3 bulan, dan diwajibkan untuk hantar trading journal setiap hari.”
“Saya tak yakin, jadi saya tak berani keluarkan modal untuk trading.”
“Hanya selepas tu, bila lihat kawan-kawan profit, saya mula percaya sikit. Tetapi selepas masa 3 bulan, tempoh tamat, saya terpaksa meninggalkan group.”
2018
Tidak berapa lama selepas menghadiri kelas FCPO, Dr Azim mendapat tawaran berkhidmat di sebuah syarikat insurans. Dalam kerjaya barunya, beliau bertindak untuk mentafsir fakta-fakta perubatan daripada kes-kes pesakit.
Akhirnya, tercapailah cita-cita beliau untuk pulang ke Semenanjung.
Pada tahun 2018, Dr Azim terbuka hati untuk cuba-cuba trading.
“Saya trade dengan modal kecil. RM 3000, RM4000… walaupun sudah diajar untuk mula dengan modal RM10,000.”
“Saya lost.”
“Selepas itu barulah saya tonton semula video-video Wafi, kaji teknik dia. Perlahan-lahan saya mula nampak profit.”
“Teknik Wafi ajar ni simple je tapi berharga.”
“Selama 2 bulan berterusan, saya trade secara lone ranger. Bila saya lost, saya study balik dan profit balik.”
“Bila dah profit, barulah saya makin percaya dan makin respect pada Wafi, dan teringin dia bimbing saya balik.”
“Yelah, dulu bila saya tak kenal, saya tak ada keinginan. Bila dah kenal, baru tahu dia sebenarnya hebat dan baru rasa hendak betul-betul commit.”
2020
Walaupun sudah mula percaya keupayaan Bursa sebagai lubuk duit, hanya pada 2020, Dr Azim menyambung karier trading beliau.
“Pada Januari 2020, saya mula trading semula guna teknik yang saya belajar sebelum ini. Saya profit ketika ini.”
“Pada Februari, saya lost. Habis profit saya pada bulan Januari.
“Bulan Mac lost lagi, saya rasa ada benda tak kena je. Jadi saya stop. Rehat 4 bulan,” cerita Dr Azim.
“Bulan Julai, saya mula balik, lost lagi. Tapi saya dah mula sedar apa silap saya.”
“Bulan lapan, saya profit. Ketika ini nampak macam saya dah boleh follow teknik, dah tau mana silap saya, dah tau dekat mana saya kena perbaiki dan perlukan bimbingan. Jadi saya contact Wafi balik.”
Untung konsisten
Selepas Dr Azim berhubung dan mendapat bimbingan semula daripada Wafi, beliau sudah mula trading dan profit secara konsisten.
Pada bulan Ogos, beliau untung sebanyak 10%.
Pada bulan September, pertama kali sebagai seorang trader, beliau mendapat untung 100%.
Dan kini, Dr Azim masih berusaha untuk menjadi seorang trader yang lebih baik.
“Bayangkan level saya yang agak newbie ini pun masih banyak silap, masih banyak terlepas peluang, pun dapat untung 100% dari modal RM10,000 sebulan. Inikan pula level Wafi yang dah bertahun-tahun trading dengan yakin.”
“Alhamdulillah, saya bersyukur banyak sangat improvement sekarang. Hati makin kering. Bila ada setup, saya masuk. Risiko pun saya manage.”
“Kalau saya loss, saya terima. Tak lagi sedih-sedih macam dulu.”
“Memang tak nafi, awal-awal trading, cuak, takut, semua ada. Tapi perlahan-lahan, dengan ilmu, takut tu hilang. Teknik proven, jadi tak takutlah.”
“Yang penting kekerapan win lebih banyak dari loss. Kena mahirkan teknik. In the end, profit jugak.”
Trading part time
“Lagi satu, saya bersyukur, ada hikmahnya dapat tukar kerja. Dulu masa kerja hospital, memang tak ada masa, busy gila-gila. Sekarang, bekerja dalam setup office.”
“Saya siapkan kerja ofis awal, sebelum tengahari. Selepas tu, sambil bekerja menghadap PC, dua skrin telefon on display kat tepi. Dah get ready, bila ada entry.”
“Satu untuk masuk entry guna Tradingview. Satu untuk letak stop loss, dan buat trailing.”
“Alhamdulillah, boleh trading part time. Income sama sebulan gaji.”
Dr Azim mengakhiri perbualan kami dengan ini, “Saya fikir, kalau orang lain boleh buat profit, kenapa aku tak boleh buat? Cikgunya sama, teknik yang sama. Yang penting, kena buka hati untuk ikhlas terima bimbingan.”
Bayangkan, bagaimana daripada seorang yang tidak percaya gurunya sendiri, akhirnya percaya dan berani praktikkan apa yang beliau pelajari, sehingga beroleh hasil. Bukan kisah biasa-biasa.
Anda pun boleh jadi luar biasa di sini –> https://wrtraderacademy.com/