Jangan risikokan lebih dari 3% dari modal anda untuk setiap dagangan.
Sebagai contoh modal: RM10,000
3% = RM300
Jadi stop loss anda tidak boleh lebih dari RM300 dan menggunakan risk & reward ration 1:2. Jadi jika stop loss anda RM300 anda perlu profit RM600.
Contoh risk & reward ration 1:2:
1 tick RM25
Stop loss anda 12 Tick = RM300
Take Profit anda 24 tick = RM600
Jika anda menggunakan konsep ini. Misalnya anda loss 7 kali beturut-turut, jadi berapa kalikah anda perlu profit?
Hanya 4 sahaja.
LOSS 7 KALI X RM300 = RM2100
WIN 4 KALI X RM600 = RM2400
PROFIT BERSIH = RM300
Jika sudah mahir, anda boleh besarkan risk reward ration 1:3 dan ke atas dengan sharp entry stop loss yang minimum.
Ingat! Trader yang tidak pernah loss, adalah trader yang penipu. Setiap perniagaan ada untung dan rugi. Jadi anggaplah berdagang FCPO ini sebagai perniagaan anda. Loss adalah pasti jadi anda perlu kecilkan risiko anda. Pastikan PROFIT anda mengatasi loss anda.