Di dalam fasa pemulihan ekonomi, ramai orang yang mula bergiat aktif untuk menjana pendapatan bagi memulihkan taraf ekonomi peribadi.
Ada yang mula berdagang, melabur, berniaga di atas talian dan sebagainya.
Sikap ini secara tidak langsung bakal memberikan impak yang positif terhadap ekonomi rakyat dan negara di dalam masa yang sama.
Namun begitu, terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap situasi semasa.
Disebabkan ramai orang mula terpaksa mencari jalan untuk menjana pendapatan, mereka mula lebih aktif lagi untuk melakukan aktiviti yang tidak bertanggungjawab dengan menyediakan pelaburan-pelaburan palsu.
Hasilnya, makin ramai individu yang tertipu dengan syarikat skim cepat kaya dan sebagainya.
Persoalannya, apa punca ramai individu yang tertipu?
Punca mereka tertipu adalah disebabkan kurang kesedaran, ilmu dan pengetahuan tentang pelaburan.
Menurut Encik Alias iaitu salah seorang pelajar WR Trader Academy, dengan menyertai kelas atau merujuk kepada sumber yang disahkan dapat membendung kita daripada terjerat dengan penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kita tahu di luar sana terlalu banyak scammer. Melalui cara kita meambahkan pengetahuan seperti trading ini, dapat mengurangkan risiko daripada tertipu dengan scammer di luar sana,” jelas Encik Alias di dalam sebuah sesi temu bual bersama pasukan WR Trader Academy.
Tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut:
Kami dari WR Trader Academy komited untuk menyediakan modul terbaik yang memudahkan anda trade di dalam pasaran FCPO.
Beri diri anda peluang untuk mempelajari secara mendalam tentang perdagangan FCPO dan teknikal analisis sehingga anda berjaya di dalam dunia trading.
Mungkin anda mempunyai potensi yang besar untuk menjadi trader yang berjaya. Bak kata pepatah, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.”
Sertai kelas Rahsia Trader FCPO (RTF) bersama WR Trader Academy bagi mendalami pengetahuan di dalam dunia FCPO di samping mempelajari teknik menghasilkan trade yang berkualiti.