Ini kisah Ruzaini Masran. Seorang jurutera minyak dan gas (O&G).
Beliau belajar trading FCPO pada bulan Jun 2019. Dari tarikh itu, sehingga baru-baru ini, beliau giat trade di Bursa Derivatives.
Ketika ini, beliau dalam tempoh ‘bercuti’ trade.
Setelah sekian lama untung, beliau akhirnya ‘margin call’.
Ini berlaku ketika beliau berada di atas pelantar minyak.
PELANTAR MINYAK
Beliau cuba-cuba untuk trade.
Kebetulan ketika itu internet di atas pelantar sedang putus-putus. Pada sangkaan beliau, beliau tidak berjaya untuk masuk ‘order’.
Siapa sangka dalam keadaan tidak stabil itu, tanpa sedar, rupa-rupanya ‘order’ beliau masuk. Malang sekali, lama-lama dibiarkan, akhirnya market bergerak bertentang dengan order beliau.
Market bergerak perlahan-lahan, semakin lama, semakin jauh bertentang dengan arah yang ditempah.
Apabila tersedar, habis sudah semua modal Ruzaini dimakan pasaran.
THROWBACK
Ruzaini mula trade selepas belajar dari guru beliau, Wafi Azian dari WR Traders Academy.
Beliau berdisiplin, ikut segala apa yang ajar.
Beliau diajar untuk pandai cipta untung dan minimakan rugi.
Gurunya tidak ajar bulan bintang. Ruzaini tahu adalah tidak logik, dan mustahil untuk untung sepanjang masa.
Pada mulanya beliau sediakan RM9000 sebagai modal. Apabila sudah dapat rentak, beliau tambah lagi RM6000.
MULA TRADING
Selepas belajar dengan WR, Ruzaini konsisten trade setiap bulan.
Semasa PKP 1.0 tempoh hari, beliau dapat trading dengan tenang – buat untung atau recover apabila rugi.
Yang penting, beliau tahu buat untung lebih besar untuk tutup rugi.
KENAL GURU
Ruzaini mengenali Wafi melalui Zaidi Ismail, seorang pelabur dan guru kewangan peribadi yang popular di Facebook.
Zaidi memberi testimoni yang baik tentang WR, setelah Zaidi sendiri cuba untuk trade.
Integriti Zaidi Ismail tidak dapat disangkal, lebih-lebih lagi beliau sudah membantu beratus-ratus orang yang tersepit keluar daripada masalah kewangan.
Ketika Ruzaini melawat FB profil Wafi, beliau lihat, ramai anak-anak murid Wafi berjaya dalam pasaran FCPO.
Ini menguatkan lagi minat beliau.
MINAT
Ruzaini telah lama minat untung trading. Sejak 2016 lagi.
Hanya pada tahun 2019, setelah modal cukup dan jumpa guru yang betul, beliau memilih untuk belajar.
Setelah tamat belajar, beliau cuba untuk masuk pasaran sendiri. Berdebar-debar hatinya, tapi beliau cuba juga.
Berbekalkan teknik yang diajar, dia dapat buat untung.
Untung berkali-kali, beliau mula seronok sehingga lupa.
Ruzaini sudah mula-mula cuba teknik sendiri, akhirnya melingkup. Rugi.
BERBALIK
Ruzaini sedar semula dia kena balik bersandar kepada ‘what works’ – apa yang berkesan – iaitu apa yang beliau belajar dari WR Traders Academy sebelum ini.
Semasa PKP, beliau sertai live trading yang dibuat setiap hari dalam Telegram Group. Beliau juga backtest teknik-teknik WR untuk lebih faham.
Beliau juga join kelas-kelas Zoom malam yang Wafi adakan.
Ruzaini mula trade semula – konsisten menggunakan teknik asal.
Dia tekad untuk trade dengan penuh disiplin.
DUGAAN
Dugaan datang tanpa dipinta dan disangka-sangka.
Dalam penuh disiplin dan keyakinan, modal Ruzaini dimakan pasaran akibat masalah teknikal, iaitu internet tersangkut-sangkut.
Ketika inilah beliau sangka beliau tidak berjaya masuk order, tetapi sebenarnya berjaya masuk order.
Ketika inilah market bergerak berlawanan dengan order beliau, sehingga margin call.
Katanya, “Perkara ni memang akan jadi. Wafi dah banyak kali terkena. Bayangkan Wafi, yang modal lagi besar, terkena.”
Ruzaini sekarang dalam fasa tenangkan diri. Sambil kumpul modal yang lebih besar.
“Sekarang saya sudah mula sibuk semula dengan kerja.”
“Dulu saya intraday, selepas ini saya mahu jadi swing trading (overnight). Saya tak dapat lagi menghadap chart setiap masa.”
“Modal lagi besar, dalam RM20 ke 30 ribu untuk satu position.”
“Saya tak nak guna wang simpanan sebagai modal. Saya tengah kumpul duit dari investment lain untuk jadi modal FCPO, katanya lagi.”
SWING TRADING
Apabila ditanya bagaimana hendak trade secara swing?
Ruzaini jawab, gunakan teknik yang sama, cuma gunakan time frame lebih besar, contohnya daily time frame.
“Saya guna teknik WR, cuma saya letak alert dalam Trading View. Ini lebih mudah.”
Katanya lagi, reward lebih besar, cuma perlu diingat risiko juga lebih besar.
NASIHAT
Dan apabila ditanya apa nasihat beliau kepada mereka yang hendak menceburi bidang trading, ringkas sahaja jawapannya – “Jangan tamak. Jangan cuba teknik-teknik sendiri. Boleh rugi.”
Ruzaini juga mengingatkan para trader, khasnya yang masih baru, untuk terus berada dalam didikan guru serta berada dalam circle trader, supaya kita lebih memahami teknik yang diajarkan serta memantapkan lagi trading psychology.
Ruzaini masih bersemangat untuk trade dan masih kekal berada dalam kelompok pelajar-pelajar dan disokong oleh WR untuk terus berjaya.
Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang trading FCPO?
Kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.
Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.
Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.
Jumpa di sana!