Spekulasi Pump & Dump Ripple (XRP). Apa Yang Pelabur Perlu Pelajari | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Spekulasi Pump & Dump Ripple (XRP). Apa Yang Pelabur Perlu Pelajari

Facebook
Twitter
WhatsApp

Baru-baru ini dunia trading digemparkan dengan berita yang agak menarik untuk kita pelajari. Awal 2021 kita dapat menyaksikan pelabur runcit bersatu hati meningkatkan harga matawang kripto, Ripple (XRP).

Komuniti XRP

Ripple merupakan salah satu mawatang kripto yang mempunyai potensi yang tinggi kerana ia bakal mengurangkan caj transaksi bank pada suatu hari nanti. Walaupun begitu, syarikat pembangunan Ripple, Ripple Labs Inc telah disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) atas tuduhan mengedarkan berbilion XRP bagi pertukaran bukan tunai seperti perkhidmatan buruh dan pembuatan.

Ini memberi berita yang kurang senang kepada para pelabur XRP yang percaya dengan potensinya. Oleh itu satu gerakan #XRPCommunity dikumpulkan dengan moto Pump & Hold.

Mereka meletakkan satu tarikh dan sela masa yang sama mengikut waktu dunia untuk membuat pembelian XRP serta memegang posisi untuk tempoh yang lama.

Menariknya, 2 hari sebelum gerakan itu berlangsung, XRP telah mengalami kenaikan harga secara perlahan-lahan daripada bernilai RM1.20 menjadi RM2.00 sebelum membuat kejatuhan semula. XRP membuat peningkatan pada hari berikutnya sebelum sampai waktu yang ditetapkan sehingga ke paras RM3.00.

Tiba waktu yang ditetapkan, harga naik yang diharapkan, rupanya harga sudah mula jatuh secara mendadak daripada RM3.00 kepada RM1.40. Maka ramailah pelabur runcit yang terduduk akibat membuat pembelian di puncak.

Kesimpulan

Inilah dia situasi yang digelarkan spekulasi pump & dump.

Bagaimana ianya beroperasi?

Situasi seperti di atas hampir menggambarkan maksud sebenar pump & dump. Pelabur institusi telah membuat pengumpulan dahulu serta menyebarkan spekulasi bahawa harga sesuatu kaunter itu bakal melonjak tinggi. Apabila tiba ke satu paras yang diingini, mereka melepaskan pegangan secara besar-besaran dan membiarkan pelabur runcit mengalami kerugian.

Sebagai pelabur bijak, kita tidak harus mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin bahawa sesuatu kaunter itu akan naik. Kita harus berpegang teguh pada SOP trading plan yang kita tetapkan. Apabila terlalu ramai orang terjebak kepada sesuatu fenomena itu, perkara yang kurang menarik akan menyusul selepasnya.

Untuk membuat pembelian XRP yang tepat, haruslah membeli pada paras terendah di kawasan support. Bahkan, guru kami di WR Trader Academy, Wafi Azian telah berkongsi pandangannya untuk cuba mempelbagaikan pelaburan ke matawang kripto XRP ini lebih awal daripada spekulasi yang digembar gemburkan.

Wafi Azian merupakan seorang trader tegar yang mempunyai pengalaman melabur di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) selama lebih 15 tahun.

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Berita baik untuk anda, WR Trader Academy akan dedahkan rahsia dan teknik trade FCPO yang terbukti berkesan selama berbelas tahun dan digunakan secara rahsia oleh beberapa jutawan senyap untuk profit setiap hari dalam program terbaru kami,

“?????? ?????? ???? (???)”

3 rahsia trader jutawan yang bakal dibongkarkan dalam program RTF:
..
[ ? ] Rahsia asas mulakan pelaburan pertama di instrument FCPO dengan mudah walaupun anda tak pernah trade sebelum ini.
.
[ ? ] Rahsia Teknik RTF yang mudah dan ringkas tapi boleh menjadi ‘?????? ??????’ untuk mula mencetak duet dalam trading FCPO.
.
[ ? ] Rahsia bagaimana student WR jana ????% ????? ???? ? ????? dan boleh beli rumah. Terbukti berkesan.
.
Segala yang bakal anda belajar dalam Program RTF ini mungkin boleh menjadi ‘???? ???????’ anda pada tahun 2021 ini.

Klik link di bawah untuk tahu info lanjut dan daftar SEKARANG:

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI