Sektor Teknologi Jatuh Teruk, Apa Yang Berlaku Sebenarnya? | WR Trader Academy

Sektor Teknologi Jatuh Teruk, Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Facebook
Twitter
WhatsApp

Sekiranya anda seorang pelabur saham teknologi sama ada di Bursa Malaysia mahupun global, anda pasti perasan bahawa kaunter-kaunter teknologi mengalami kejatuhan yang teruk bermula pada pertengahan Februari 2021 yang lalu.

Kaunter-kaunter teknologi ini telah mengalami rally yang panjang sejak bermulanya penyebaran COVID-19. Namun, baru-baru ini, kaunter sektor teknologi kesemuanya mencari satu support ke support yang lain.

Sejarah Bubble Dot Com Berulang?

Ramai yang meramalkan sektor teknologi pada 2 tahun terdekat ini mempunyai ciri-ciri syarikat bubble dot com pada sekitar tahun 2000. Walau bagaimanapun, kenaikan harga saham syarikat bubble dot com melonjak naik pada kadar yang tidak munasabah walaupun syarikat membuat keuntungan yang tidak setimpal.

Disebabkan fundamental syarikat-syarikat ini tidak begitu kukuh, maka harga saham syarikat-syarikat ini telah mengalami kejatuhan mendadak pada tahun tersebut.

Beza Dengan Sektor Teknologi Hari Ini

Tidak seperti syarikat bubble dot com, saham-saham sektor teknologi pada hari ini mempunyai fundamental yang bagus. Di Wall Street, syarikat teknologi didominasi oleh syarikat yang mempunyai teras pendapatan yang kukuh dengan prospek pertumbuhan yang memberansangkan.

Apabila dilihat perolehan sebenar kebanyakan syarikat-syarikat yang tersenarai di NASDAQ, kesemuanya melepasi ramalan. Bahkan, kenaikan harga saham yang mencanak tinggi adalah permintaan dan tarikan yang tinggi kepada pelabur untuk melabur.

Hal ini adalah disebabkan syarikat-syarikat ini mempunyai pendapatan yang memberangsangkan disertai asas kekuatan fundamental yang kuat, bukan semata-mata spekulasi.

Adakah Kaunter Sektor Teknologi Akan Terus Jatuh?

Jawapannya, apabila berlaku kenaikan, pasti para pedagang yang dah swing lama dan beroleh keuntungan ratusan hingga ribuan peratus ini ingin mengambil.

Jadi, berlakulah selling pressure. Menyebabkan harga saham sektor teknologi semakin jatuh.

Jadi, Apa Yang Perlu Dilakukan Sekarang?

Jika anda seorang pelabur dan percaya dengan fundamental dan urus tadbir syarikat, anda tidak perlu panik kerana sektor teknologi sentiasa menghasilkan penemuan baharu bagi memastikan kelangsungan syarikat terjamin.

Jika anda adalah pedagang jangka masa pendek, sekiranya harga pasaran saham tidak menepati dengan trading plan, anda boleh ambil keuntungan dahulu dan masuk semula ketika pasaran menunjukkan signal untuk kembali positif.

Kesimpulan

Apa pun yang penting, untuk memahami semua ini anda haruslah berguru kerana guru mempunyai pengalaman yang lebih luas serta telah melalui sepak terajang dalam dunia pelaburan sebelum kita.

Sebagai seorang newbie, perlulah pilih guru yang betul. Supaya taklah keluar duit bayar kelas sana sini, tapi masih tak boleh trade.

Berita baik untuk anda, WR Trader Academy akan dedahkan rahsia dan teknik trade FCPO yang terbukti berkesan selama berbelas tahun dan digunakan secara rahsia oleh beberapa jutawan senyap untuk profit setiap hari dalam program terbaru kami.

?????? ?????? ???? (???)

3 rahsia trader jutawan yang bakal dibongkarkan dalam program RTF:
..
[ ? ] Rahsia asas mulakan pelaburan pertama di instrument FCPO dengan mudah walaupun anda tak pernah trade sebelum ini.
.
[ ? ] Rahsia Teknik RTF yang mudah dan ringkas tapi boleh menjadi ‘?????? ??????’ untuk mula mencetak duet dalam trading FCPO.
.
[ ? ] Rahsia bagaimana student WR jana ????% ????? ???? ? ????? dan boleh beli rumah. Terbukti berkesan.
.
Segala yang bakal anda belajar dalam Program RTF ini mungkin boleh menjadi ‘???? ???????’ anda pada tahun 2021 ini.

Klik link di sini untuk tahu info lanjut dan daftar SEKARANG!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI