Di dalam pasaran trading terdapat pelbagai produk atau kaunter yang boleh kita ceburi. Anda boleh mendapatkan kolam pasaran trading yang lebih luas apabila anda cuba masuk di dalam pasaran global.
Pemilihan “market” atau produk trading amat penting untuk memudahkan dan menjimatkan masa semasa anda membuat teknikal analisis.
Antara perkara lain yang perlu diambil kira untuk memilih “market” atau produk ialah “volatility market” bagi memudahkan kita untuk menjangka nilai pulangan dan mengukur jumlah risiko yang mungkin bakal diterima semasa aktiviti trading sedang dijalankan.
Di Malaysia, kita boleh memilih produk trading tempatan di Bursa Malaysia Derivatives (BDM) di dalam pelbagai kategori seperti komoditi hadapan (futures), derivatif ekuiti, dan derivatif kewangan.
Pasaran yang biasa disebut-sebut di negara kita buat masa ini adalah saham dan Futures Crude Palm Oil (FCPO).
Pelaburan saham lebih sesuai untuk dilakukan untuk menjana “profit” jangka masa panjang kerana ianya mempunyai volatiliti (pergerakan market) yang lebih perlahan jika dibandingkan dengan pasaran hadapan seperti FCPO.
Jika anda membeli syer saham di sesebuah kaunter saham, anda perlu menunggu tempoh masa yang panjang sebelum anda menjual untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.
Produk komoditi “futures” seperti FCPO mempunyai volatiliti yang lebih tinggi. Pergerakan “market” yang cepat memudahkan trader untuk menganalisis bagi memaksimumkan keuntungan pada masa yang singkat.
“Kalau dengan FCPO dengan modal RM10 000, untuk mendapatkan pulangan RM500 hanya memerlukan 5 minit – 30 minit sahaja”, kata Tuan Wafi (Founder dan Master Trainer WR Trader Academy).
Namun begitu, untuk memperoleh pulangan RM500 dengan modal RM10 000 di dalam pasaran saham mengambil masa yang lebih lama bergantung kepada volatiliti yang berlaku di dalam “market”.
Selain itu, terdapat pelbagai kaunter-kaunter yang perlu diperhatikan atau dipilih di dalam pasaran saham. Masa yang diambil untuk menganalisis kaunter-kaunter yang telah dipilih juga menjadi lebih lama.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, anda sendiri boleh menilai produk atau market yang mana lebih sesuai untuk didagangkan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih cepat.
Jika anda target untuk mendapat keuntungan besar untuk jangka panjang, anda disarankan untuk membuat pelaburan saham kerana pergerakan “market” yang perlahan semestinya bakal memberi keuntungan atau pulangan untuk jangka masa panjang.
Sila tonton video dibawah untuk penerangan dan info yang lebih lanjut:
Oleh yang demikian, WR Trader Academy menyediakan modul khas untuk para pelajar atau trader untuk trade FCPO secara konsisten.
Jika anda sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan sampingan atau pendapatan bulanan yang tinggi, anda boleh mencuba untuk mula trade di dalam pasaran FCPO.
Beri diri anda peluang untuk mempelajari secara mendalam tentang perdagangan FCPO dan teknikal analisis untuk anda berjaya di dalam dunia trading.
Mungkin anda mempunyai potensi yang besar untuk menjadi trader yang berjaya. Bak kata pepatah, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”.
Sertai kelas Rahsia Trader FCPO (RTF) bersama WR Trader Academy untuk mendalami pengetahuan di dalam dunia FCPO di samping belajar teknik untuk menghasilkan trade yang berkualiti.
TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK INFO DAN PENDAFTARAN SEMINAR RTF BERSAMA WR TRADER ACADEMY!