Di dalam musim pandemik yang sepertinya hendak pulih di negara kita, ramai pemilik perniagaan yang seronok dan tak sabar lagi untuk membuka perniagaan semula.
Namun begitu, di dalam meraikan kegembiraan pasti ada yang menderita.
Mungkin ada sebahagian pemilik perniagaan yang tidak mempunyai modal lagi untuk menjalankan perniagaan mereka.
Pasti ramai di antara kita yang telah membelanjakan simpanan yang sedia ada semasa Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari dilaksanakan.
Oleh yang demikian, pasti ramai di antara kita yang sedang mencari medium untuk menjana pendapatan dari rumah sahaja sebagai persediaan jika terjadi gelombang pandemik yang lebih teruk.
Salah satu kaedah terbaik untuk menjana pendapatan dari rumah adalah dengan berdagang kontrak pasaran hadapan.
Ya, pasti ada yang terfikir “alah aku syok dah trade saham, kenapa nak cari market lain?”
Tidak dinafikan rakyat Malaysia ramai yang telah celik dengan potensi menjana pendapatan yang baik melalui dunia dagangan (trading).
Namun begitu, tidak semua pasaran trading itu mudah, patuh syariah dan pergerakan harga pasaran berubah dengan cepat.
Macam mana nak cari pasaran trading yang patuh syariah, ada volatiliti market yang tinggi dan mempunyai pasaran dua hala di dalam satu masa yang sama?
FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD).
FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah.
Kontrak FCPO adalah urusniaga patuh syariah dimana ia telah diiktiraf oleh Panel Penasihat Syariah Bursa Malaysia.
Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.
Antara kelebihan FCPO adalah seperti berikut:
- Pasaran Hadapan CPO adalah sah disisi undang-undang kerajaan Malaysia dan syariah. FCPO diuruskan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD).
- Tiada unsur-unsur penipuan dan deposit haram.
- Market adalah dua hala. Pedagang boleh menjana keuntungan semasa keadaan pasaran naik serta pasaran turun.
- Boleh menjana keuntungan yang lumayan dalam satu hari. Dengan 1 lot, pedagang mampu memperolehi RM 250.00 – RM 800.00 bergantung kepada pergerakan market.
- Boleh memperolehi keuntungan secara harian, mingguan atau bulanan. Bergantung kepada strategi pedagang.
- Modal permulaan yang rendah. FCPO dan diniagakan dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
- Market yang sangat aktif berbanding komoditi lain di BMD
WR Trader Academy membantu para pedagang (trader) dengan menyediakan kelas untuk mempelajari tentang FCPO.
Para pedagang akan mempelajari asas FCPO seperti analisa teknikal, terma asas trading, waktu trading, pengurusan risiko dan sebagainya.