Ini adalah kisah seorang suri rumah dan seorang pesara dari syarikat telekomunikasi yang terkemuka selama 24 tahun, Puan Aida Azura, 54 tahun.
Mula mengenali WR Trader Academy secara kebetulan melalui laman sosial kami di Facebook.
Sejak menemui page Facebook kami, beliau mula menonton video-video dan posting yang telah kami post.
Selepas menonton video yang terdapat di dalam page kami, mula timbul sebuah persoalan sama ada trading FCPO ini patuh syariah atau pun tidak?
Selepas mendapatkan pengesahan bahawa pelaburan FCPO ini adalah patuh syariah, beliau mula mendaftar seminar “Rahsia Trader FCPO” (RTF).
Seminar RTF merupakan seminar khas yang diwujudkan untuk orang ramai yang langsung tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia trading.
RTF mengajar tentang asas-asas penting di dalam trading dengan teknik yang boleh digunakan untuk mula trading FCPO.
“Saya mula minat belajar kerana saya sudah tidak bekerja”, ujar Puan Aida. Bagi beliau, daripada tidak berbuat apa-apa lebih baik bagi dirinya untuk belajar benda yang baru.
Tambahnya lagi, “FCPO ni menarik sebab dia 2 hala”. Di dalam dunia FCPO, anda boleh buat profit semasa harga market tengah naik, mahupun menurun.
Pada awal sesi pembelajaran, sejujurnya beliau tidak faham apa-apa mengenai trading.
Bagi Puan Aida group support yang kuat daripada WR Trader Academy amat membantu beliau untuk bertanyakan sebarang kemusykilan dan mudah berinteraksi bersama tenaga pengajar atau rakan trader yang lain.
Ujar beliau, “semalam saya rugi RM5 700. Semalam, saya masuk, kemudian saya punya Ayers (trading software) ada masalah sikit. Saya tak sempat taruh “stop loss”.
Namun begitu, beliau cuba untuk melakukan “back-up plan” seperti yang telah di ajarkan oleh Tuan Wafi sendiri.
Beliau cuba untuk tambahkan lot dan secara kebetulan berada di dalam posisi “sell”. “Tuan Wafi pernah ajar kalau dalam posisi “sell”, dia punya graviti lebih kuat”, kata Puan Aida.
Beliau akhirnya berjaya untuk “cover”nilai kerugian secara keseluruhannya di samping mendapatkan keuntungan tambahan lebih daripada RM1 000.
Pada bulan yang sebelumnya jumlah untung yang Puan Aida peroleh hampir mencecah RM11 000.
Bagi beliau, trading umpama bekerja kerana beliau boleh menjana pendapatan pada setiap bulan. Antara kelebihan trading baginya adalah kurang stress berbanding bekerja seperti sebelum ini.
Hal ini demikian kerana di dalam dunia trading anda tiada tekanan untuk mengikuti “deadline” yang diberi oleh majikan.
Justeru itu, bagi Puan Aida, jika anda membuat kesilapan semasa trading itu adalah salah sendiri dan bukanlah isu yang besar bagi dirinya.
Bagi beliau, tiada masalah untuk sesiapa sahaja mula belajar trading FCPO tidak mengira jantina sekalipun. Apa yang membezakan setiap pelajar itu adalah usaha dan kemahuan pelajar itu sendiri.
Puan Aida turut menceritakan bahawa beliau tidak pernah menyertai apa-apa kelas trading sebelum ini dan tidak mempunyai pengalaman di dalam dunia trading.
Seminar Rahsia Trader FCPO adalah kelas pertama yang beliau sertai.
Beliau turut menyarankan orang ramai untuk mula belajar jika mempunyai niat untuk menjana pendapatan tambahan.
Bermula dengan mengumpul pengetahuan, kemudian anda sendiri yang harus memilih sama ada anda mahu teruskan trading mahupun tidak.
Kesimpulannya, di dalam dunia trading ini kita tidak seharusnya memikirkan tentang untung semata-mata. Secara realiti sebagai seorang trader anda bakal berhadapan dengan untung dan rugi.
Yang membezakan seorang trader yang berjaya dengan trader yang gagal adalah cara anda mengendalikan risiko.
Ingat! Di dalam dunia trading, kita tidak boleh menghalang risiko.
Namun begitu, kita masih boleh menguruskan dan mengurangkan risiko dengan ilmu, teknik, dan strategi yang “proven”!
WR Trader Academy mempunyai tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam dunia Trading FCPO. Uruskan dan gandakan kewangan anda dengan baik dan peroleh kedudukan kewangan yang stabil.
Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO.
Tekan link di bawah untuk bejaya bersama WR Trader Academy sekarang!