‘Player’ Saham Ini Beralih Trading Ke FCPO. Kenapa?

Facebook
Twitter
WhatsApp

Dalam sebuah kisah bersama Encik Fauzi yang merupakan individu yang bergiat aktif dalam dunia pelaburan, apa yang beliau tahu hanyalah saham.

Dari situ beliau mula membuka akaun untuk melabur dan trading.

Setelah bergiat dalam dunia saham, beliau mendapati pelbagai jenis pelaburan atau trading komoditi seperti Emas, Forex, Option dan sebagainya.

Dalam usaha mencari produk yang patuh syariah di dalam dunia trading, beliau mula mengenali satu produk yang dikenali sebagai FCPO.

Semenjak beliau mengenali FCPO, beliau terus mendaftar kelas trading FCPO bersama WR Trader Academy.

Selepas menghadiri kelas bersama kami, beliau mendapati pergerakan ‘chart’ harian atau nilai pasaran dalam FCPO lebih pantas berbanding saham dan mula berhenti untuk trading saham secara perlahan-lahan.

Alasan beliau untuk berhenti daripada trading saham adalah kerana sukar untuk mencapai keuntungan sebanyak RM100 – RM200 sehari.

Beliau terus fokus untuk trading FCPO dengan keyakinan yang tinggi untuk peroleh keuntungan yang lebih tinggi berbekalkan ilmu yang diproleh WR Trader Academy.

Beliau perlahan-lahan mengumpul keuntungan hasil trading FCPO di dalam akaun.

Sejak Januari 2021 lalu, beliau akhirnya berjaya peroleh keuntungan tertinggi selama trading didalam FCPO iaitu sebanyak RM10 000 sebulan.

Namun begitu, pada bulan sebelumnya beliau telah mengaut untung sebanyak RM5 000.

Bagi Encik Fauzi, trading FCPO boleh dilakukan secara “part-time”.

Beliau tidak meletakkan target yang terlalu tinggi untuk peroleh keuntungan harian dan tidak terlalu fokus untuk trading.

Dengan kelapangan masa yang ada, beliau hanya mensasarkan keuntungan pada waktu niaga FCPO iaitu pada sesi pagi dan petang untuk peroleh RM250 – RM500 sehari sehingga mencapai keuntungan tertinggi yang pernah beliau peroleh iaitu RM10 000.

Sebagai seorang bekas “player” saham, beliau pernah menghadiri pelbagai kelas saham daripada yang tidak berbayar sehingga kelas yang berbayar.

Beliau berkata “kelebihan belajar dengan WR Trader Academy ini lebih kepada komitmen tenaga pengajar, Encik Wafi sendiri.

Yang mana dia sendiri yang mengajar dan dia sendiri yang fokus, dia sendiri yang ambil tahu sama ada pelajar itu boleh buat profit atau tidak”.

Beliau menyarankan orang ramai untuk tidak ragu-ragu tentang faktor patuh syariah di dalam dunia FCPO.

Beliau sendiri telah membaca kenyataan daripada panel syariah yang mengesahkan bahawa Trading FCPO adalah patuh syariah.

Beliau turut mengakui di mana terdapat pelbagai jenis trading yang tidak dapat pengesahan patuh syariah oleh panel syariah yang bertauliah.

Tambahnya lagi beliau amat berpuas hati dan rasa berbaloi dengan apa yang diajarkan oleh WR Trader Academy.

Beliau mendapati WR Trader Academy memang fokus dan komited terhadap pelajar-pelajarnya yang jarang dia peroleh berbanding dengan kelas trading yang lain yang ada di Malaysia.

Beliau turut menyarankan para pelajar atau bakal pelajar untuk sentiasa membuang perasaan malu bertanya, mendedahkan kelemahan diri, dan merujuk kepada tenaga pengajar yang ada di sini dalam hal trading FCPO seperti pepatah melayu yang berbunyi, “malu bertanya, sesat jalan”.

WR Trader Academy mempunyai tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam dunia Trading FCPO. Uruskan dan gandakan kewangan anda dengan baik dan peroleh kedudukan kewangan yang stabil.

Pelajari teknik TRADING FCPO bersama tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 15 TAHUN dan MASIH AKTIF di dalam dunia Trading FCPO.

Klik link di sini untuk info lanjut dan daftar SEKARANG!

https://wrtraderfcpo.com/

BACA JUGA