Bagaimana Orang Biasa-Biasa Boleh Buat Duit Dari Saham | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bagaimana Orang Biasa-Biasa Boleh Buat Duit Dari Saham

Facebook
Twitter
WhatsApp

Bila kita cerita tentang saham, kita terbayang wah.. ini game orang kaya-kaya.

Rakyat marhaen macam kita tak ada peluang.

Orang kaya terus kaya, dengan peluang yang ada, kita pula duduk tepi jadi penonton.

Tetapi tahukah anda, orang biasa-biasa pun boleh buat duit dari saham.

Ini 3 perkara anda kena tahu tentang ‘main’ saham.

1. Semua orang boleh trade saham

Profesional, businessman, suri rumah, pelajar, semuanya boleh buka akaun saham, dengan syarat umur anda melebihi 18 tahun dan tidak muflis.

Berjumpalah dengan broker saham atau remisier berlesen untuk buka akaun CDS dan akaun trading.

Mereka hanya perlukan borang maklumat diri, salinan kad pengenalan dan yuran (minima) RM10 untuk buka akaun.

Anda boleh minta remisier cara-cara menggunakan sistem online, cara masukkan order untuk jual dan beli dsbnya.

2. Modal

Modal minima paling selamat adalah RM10,000.

Lagi rendah, boleh, tetapi berisiko.

Modal RM10,000 memberi ruang kaunter anda turun naik dengan selamat.

Dan ianya cukup untuk cover yuran brockerage, yuran clearing dan stamp duty.

Anda boleh tanya remisier anda berapa harga yang mereka ambil untuk ketiga-tiga item di atas.

3. Ilmu

Perkara paling penting adalah ilmu.

Ilmu teknikal seperti bagaimana hendak trade, bagaimana hendak meramal ke mana pasaran akan pergi, indikator apa yang hendak digunakan, kaunter mana yang hendak dipilih.

Ilmu money management iaitu berapa risiko dan berapa reward yang patut anda ambil, berapa lot boleh anda masuk dengan modal sekian-sekian.

Dan, ilmu psikologi. Bila hendak bertahan dan bila hendak keluar. Apa hendak dibuat apabila ‘kalah’ dan mana hendak dapatkan kawan-kawan sebagai support group.

4. Maklumat tambahan

Tahukah anda WR Trading Academy ada menyediakan channel Telegram dan group Facebook untuk anda belajar ilmu-ilmu trading dan familiarize diri anda dalam bidang ini secara PERCUMA.

Untuk menyertai group ini, sila klik LINK INI dan masukkan nama serta e-mail anda yang aktif.

Selamat belajar!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI