Kepada yang berdagang di pasaran saham, pasti biasa mendengar tentang istilah ‘Jerung’ ini kan?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Jerung’ ini?
‘Jerung’ ini merujuk kepada pelabur institusi yang mempunyai dana pelaburan yang amat besar. Kebanyakan institusi ini melabur wang atau dana bagi pihak orang lain.
Antara contoh pelabur institusi adalah syarikat takaful dan insurans, kumpulan wang simpanan pekerja dan persaraan, syarikat pengurusan dana bersama (mutual funds) dan pelbagai lagi.
Antara pelabur-pelabur institusi yang berada di dalam pasaran Malaysia adalah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) dan banyak lagi.
Apa terjadi kepada pasaran saham sekiranya ‘Jerung’ masuk?
Pelabur institusi sering membuat pembelian dan penjualan dengan volume yang sangat tinggi dan mampu mempengaruhi pergerakan harga saham, maka dengan sebab ini mereka digelar ‘Jerung’.
Sekiranya ada jerung atau pelabur institusi di dalam sesebuah syarikat, ini menjadi tanda aras bahawa syarikat tersebut baik daripada segi fundamentalnya. Para pelabur institusi mempunyai pakar-pakar analisa yang mampu menganalisa syarikat daripada segi prestasi kewangan, perniagaan dan hala tuju syarikat. Ini secara tidak langsung memberi keyakinan kepada para pelabur runcit untuk turut sama menjadi pemegang saham di dalam syarikat tersebut.
Kehadiran jerung juga sedikit sebanyak boleh membantu kita membuat pemilihan saham. Inilah masanya untuk kita ikut ‘Jerung’.
Walau bagaimanapun, matlamat pelaburan yang dilakukan oleh pelabur institusi kebanyakkannya adalah untuk mendapatkan dividen daripada saham yang dibeli. Kita sebagai pelabur runcit ini janganlah mengikut tanpa arah. Jadilah pelabur yang bijak. Buat analisa fundamental dan teknikal sebelum mengikut jejak langkah mereka. Fokus kita adalah untuk berenang bersama ‘Jerung’ serta berkongsi keuntungan yang dijana atas pergerakan harga.
Kesimpulan
Untuk memeriksa sama ada sesuatu kauter saham itu telah ‘dihuni’ oleh ‘Jerung’ atau tidak, memang sukar. Tapi tidak lagi dengan adanya ‘INDI JERUNG’.
Ya. ‘INDI JERUNG’ merupakan satu indikator dalam teknikal analisis pasaran saham yang mampu mengesan kehadiran ‘Jerung’ sama ada mereka membuat belian ataupun membuat jualan.
Apabila ‘Jerung’ masuk, potensi untuk harga meningkat itu ada, jadi kita sebagai pelabur bijak, ikutlah mereka masuk ke dalam kaunter tersebut. Begitu juga apabila ‘Jerung’ keluar daripada sesuatu kaunter, kita boleh bersedia untuk melepaskan posisi pegangan saham tersebut agar tidak terkena dengan kejatuhan harga saham.
Jadi apa tunggu lagi? Klik sini untuk maklumat lanjut. Tawaran adalah terhad!