Pada 28 Oktober yang lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kabinet meluluskan cadangan Felda untuk menamatkan perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan FGV Holdings Bhd. FELDA mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV Holdings Bhd (FGV) dalam usaha untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.
Menurut kata Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh, langkah itu adalah sebahagian daripada transformasi yang ingin dijalankan FELDA menerusi pengenalan model perniagaan baharu yang lebih mapan dan berdaya saing untuk agensi itu.
Beliau menjelaskan, pendapatan FELDA daripada keuntungan operasi ladangnya mula merosot sejak 2012 selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia dengan yang terkini pada 2019, hanya merekodkan keuntungan sebanyak RM16.51 juta. Jumlah itu, katanya, jauh berbeza daripada yang pernah dicatatkan FELDA sebelum itu dengan yang tertinggi pernah dicapai pada 2011, iaitu RM1.85 bilion.
Idris berkata, FGV sepatutnya memulangkan hasil daripada tanah yang dipajak itu kepada FELDA pada kadar RM800 juta setahun, namun ia tidak berlaku dengan kadar purata yang diterima hanya RM250 juta.
Nilai Pampasan
Walau bagaimanapun, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak menyatakan jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh Felda kepada FGV, yang mana ia memegang pegangan berjumlah 33.66 peratus susulan penamatan LLA itu.
FGV berkata jumlah pampasan yang dijangka perlu dibayar kepadanya adalah RM3.5 bilion hingga RM4.3 bilion berdasarkan penilaian dalaman kepada prestasi kewangannya bagi 2020 dan 2021 serta pelbagai faktor lain.
CGS-CIMB berkata jumlah pampasan akan tinggi bergantung kepada tahun kewangan yang digunakan bagi pengiraannya. Katanya, jika ia berdasarkan kewangan FGV pada 2019, pampasan dijangka rendah atau minimum, manakala jika ia berasaskan kepada kewangan 2020 atau 2021, ia dijangka lebih tinggi, namun, amaun akhir akan bergantung kepada prestasi estet FGV dan harga minyak sawit mentah.
Bolehkah FGV Bertahan?
Pada 27 Oktober yang lalu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah memulakan langkah untuk memiliki saham FGV melalui syarikatnya Perspective Lane (M) Sdn Bhd (PLSB). PLSB dinyatakan ingin membuat suntikan ke FGV melalui aset perladangannya dengan tukaran saham di FGV.
Namun, masih belum ada berita lanjut mengenai ini apabila pihak kerajaan telah meluluskan FELDA untuk menamatkan perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan FGV Holdings Bhd.
Sekiranya LLA ditamatkan, jumlah simpanan tanah FGV dijangka merosot sehingga 80% kepada 89,000 hektar daripada keseluruhan tanah yang dimilikinya iaitu, 439,700 hektar.
Para penganalisa berpendapat, sekiranya LLA ditamatkan dan penilaian dibuat berdasarkan tahun 2019, nilai pampasan yang diterima oleh FGV adalah sedikit memandangkan penilaian pada tahun 2020, berlaku peningkatan harga minyak sawit serta hasil sawit milik FGV juga telah meningkat.
A general view of the FGV headquarters in Kuala Lumpur, Malaysia September 5, 2019. Picture taken September 5, 2019. REUTERS/Lim Huey Teng
Masih terlalu awal untuk menentukan hala tuju FGV sekiranya LLA benar-benar ditamatkan. Buat masa ini juga pihak FGV telah meminta pihak FELDA untuk memberhentikan segala bentuk siaran akhbar dan mengajak mereka berbincang perihal kontrak ini secara dalaman.
Sekiranya penamatan LLA benar-benar berlaku, pastinya para pengarah urusan FGV sedang memikirkan pelan tindakan bagi memastikan FGV kembali berdaya saing dalam sektor perladangan.
Walaupun berlakunya berita kelulusan penamatan LLA oleh pihak kerajaan terhadap FGV, pergerakan unit saham FGV di Bursa Malaysia tidak berlaku sebarang penurunan yang mendadak. Mungkin antara faktor menjadi sedemikian adalah kerana berita penamatan kontrak masih belum muktamad dan satu lagi pergerakan pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) masih dalam keadaan bullish.
KESIMPULAN
Sebagai pelabur berdisiplin, kita perlu sentiasa bersedia dan sensitif dengan berita-berita yang mampu mempengaruhi pergerakan pasaran. Kita perlu meletakkan target stop loss atau tahap kerugian yang mampu kita tanggung agar kerugian itu tidak menjadi semakin berdarah.
Tahukah anda, terdapat instrumen lain yang mampu menjana keuntungan walaupun berlakunya ketidakstabilan politik, ataupun kejatuhan pasaran?
Ya, inilah dia pasaran derivative minyak sawit mentah (FCPO). Anda boleh membuat keuntungan ketika market bullish dan juga ketika market sedang bearish. Nak tahu lebih lanjut, sertai channel telegram WR Trader Academy di sini.