Lelaki Ini Berhenti Kerja Syarikat Broker Forex Bila Tahu Ia Tidak Patuh Syariah | WR Trader Academy

Lelaki Ini Berhenti Kerja Syarikat Broker Forex Bila Tahu Ia Tidak Patuh Syariah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Perasan tak di media sosial, banyak iklan berkenaan pelaburan dan perdagangan keluar di skrin smartphone ataupun komputer kita. Ada pelbagai jenis pelaburan yang diiklankan antaranya pelaburan daripada bank-bank, unit amanah, saham, forex dan pelbagai lagi.

Cuma yang kami rasakan paling kerap dan aktif beriklan adalah daripada instrumen forex. Sehinggakan ada yang menggunakan influencer menabur duit di jalanan semata-mata untuk mendapatkan pelanggan baharu.

Namun, adakah berbaloi melabur di instrumen forex? Ramai ke yang berjaya?

Maka pada artikel ini kami ingin kongsikan pengalaman seorang pengguna Facebook, Muhammad Alif yang pernah bekerja sendiri di syarikat broker forex selama hampir 2 tahun. Beliau sudah pun berhenti berkhidmat bersama syarikat tersebut atas hujah-hujah yang beliau kongsikan.

Berdasarkan hujah-hujah beliau, dapat kita perhatikan bahawa instrumen pelaburan forex bukanlah satu instrumen yang menepati kehendak syariah.

1. Operasi Broker Forex Online Trading adalah Pertaruhan (Judi):
i. Semua deposit client
ii. Duit itu dimasukan dalam poket / pool Broker
iii. Client masuk order (Buy/Sell) > order masuk dalam platform broker (MT4/MT5)
iv. Order tidak hantar ke market sebenar, duit kekal berada dalam pool, tetapi pergerakan “harga sebenar” market itu ditunjukan pada MT4/MT5 masing-masing (client), hanya sekadar wayang gambar
v. Yang mana client loss, duit itu akan “stay” di dalam poket / pool broker, manakala client yang tutup posisi dan untung, duit daripada poket / pool broker akan bayar kepada client yang untung

2. Produk ditawarkan hanya CFD (tidak patuh syariah)
Contract for Difference (CFD). Ia adalah kontrak derivative, iaitu ambil nilai dari asset dasar untuk mendapat posisi dalam sesuatu asset TANPA MEMILIKI ASSET tersebut. Tiada asset/produk yang dagangkankan, hanya bermain dengan pergerakan harga. Ia tidak hanya kepada bahagian CFD yang broker maklumkan kepada anda sahaja, malahan ini termasuk semua instrumen, FOREX pair, komoditi (Oil,soya), Metals (Gold, Silver), Indices, Crypto & mana mana instrument yang institusi kewangan/ broker B book / “Hybrid”/ tawarkan trade tanpa pemilikan asset tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati penulisan beliau di sini.

Kesimpulan

Sebagai umat Islam, kita haruslah melakukan jual beli yang diharuskan oleh syarak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Sama juga dalam pelaburan, sekiranya pelaburan itu menggunakan instrumen yang tidak patuh syariah, adalah wajib untuk kita jauhinya.

Bursa Malaysia sendiri menyediakan dua instrument pelaburan iaitu sekuriti dan derivatif. Sekuriti merupakan pegangan ekuiti ke atas saham syarikat, manakala derivatif pula fokus kepada produk komoditi. Pelaburan di Bursa Malaysia juga diseliai oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Mereka ini adalah badan yang akan menyelia kepatuhan syariah setiap kaunter saham dan produk komoditi yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Jika anda tercari-cari panduan atau mentor untuk berdagang di Bursa Malaysia yang patuh syariah, kami syorkan untuk anda berdagang di Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Untuk mendapatkan tips-tips percuma dan info dengan
LEBIH CEPAT
subscribe Telegram kami.