Ketika artikel ini ditulis, remaja tersebut sekarang ni berumur 25 tahun. Artikel berkenaan beliau menjana sejumlah 40 bilion dalam pasaran saham telah tersiar dalam web CNBC Indonesia.
Siapakah remaja idaman wanita ni? Betul ke beliau telah menjana sejumlah wang itu?
Jom ikuti kisah beliau.
Nama diberi Andika Sutoro. Dari nama sahaja kita sudah tahu beliau berasal dari Indonesia dan juga dari keluarga biasa-biasa sahaja. Bukan seperti drama-drama TV yang memaparkan asal orang kaya je mesti dari keluarga kaya.
Perjalanan beliau dalam dunia saham telah bermula sejak beliau berumur 15 tahun lagi. Setahun sebelum itu , beliau telah buat carian informasi tentang orang terkaya di Indonesia.
“Saat usia 14 tahun saya mulai belajar,saat usia 15 tahun saya mulai terjun dan sudah mulai mengenal internet lalu saya iseng mencari di google, ‘sebenarnya orang kaya itu ngapain?’ Saya mencari tahu 10 orang terkaya di dunia, muncul 10 orang terkaya di Amerika dan ada juga di Indonesia,” kata Andika kepada CNBC Indonesia.
Hasil pencariannya, beliau menemui persamaan antara orang-orang kaya ini iaitu penglibatan dalam saham.
“Saya menemukan pola yang sama, kok semua orang kaya ini berinvestasi dipasar saham awalnya?! Waktu itu kebetulan orang terkaya nomor 1 adalah Warren Buffett. Dia mengumpulkan kekayaan hanya dengan berinvestasi dipasar saham. Saya kaget, apa itu pasar saham? Lalu saya menemukan juga ada Bill Gates, saham kekayaannya meningkat 30%,” kata dia.
Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, beliau mula kumpul modal melalui perniagaan online. Asalnya hanya nak cuba-cuba sahaja, sehinggalah beliau berjaya menjanan Rp 100 juta (RM29,453) dalam masa 6 bulan.
“Jadi sebelum saya investasi saham, saya berjualan online. Saya tinggal di Kalimantan dan berjualan CD suara sarang walet, jadi sarang walet itu ada rumahnya dan papa saya adalah kontraktornya. Tugas saya waktu itu membuat dan mengkopi sarang walet. Lalu saya iseng mencari di Google juga, ternyata harga CD itu mahal banget,harganya beragam dan bisa sampai 6 juta. Dari situ saya bisa mengumpulkan hingga Rp 100 jutaan selama setengah tahun,” kata dia.
Memiliki sejumlah wang dalam usia yang muda sudah membuatkan beliau berasa sangat kaya. Walaubagaimanapun, beliau tidaklah seperti yang lain.
Pantang ada duit banyak sikit, terus gelap mata. Beliau memperuntukkan 10% (Rp 10 Juta) daripada untung jualannya sebagai modal saham.
“Disitu saya berhenti tapi saya sudah punya untung sekitar 100 jutaan. Jadi saya merasa orang paling kaya saat usia 15 tahun masih sekolah itu. Lalu saya beralih ke pasar saham setelah mencari di google. Disitu saya mulai belajar dan berani invest sebesar 10 juta. Tapi karena belum cukup umur, akhirnya bapak saya yang buka saham,” kata dia.
Rezeki menyebelahinya, dalam masa 6 bulan pertama penglibatannya dalam dunia saham, beliau telah pun menjana keuntungan hampir 50%.
Disebabkan sudah mendapat momentum, beliau ambil tindakan yang lebih agresif dengan melaburkan seluruh modalnya Rp 100 juta itu. Sempat juga beliau merasai kerugian 30% pada awalnya.
Kini sudah 9 tahun beliau berkecimpung dalam dunia saham. Berapa jumlah yang telah berjaya dijana?
Rp 40 juta miliar.
Eh, tajuk artikel kata 40 bilion. Ceh, ni saja nak curi perhatian ni.
Tak, miliar tu bersamaan bilion. Jadi, Rp 40,000,000,000 bersamaan RM 11,781,508. Masih wow juga kan?
Selain labur dalam saham, beliau juga sudah mula menjinakkan diri untuk labur dalam syarikat-syarikat start-up. Kalau kita bahagi mudah 9 tahun, setahun jana lebih kurang RM1 juta.
“Saya juga invest di beberapa perusahaan startup seperti salah satunya Step In, perusahaan yang menyewakan properti. Sudah 1 tahun. Saya sudah 9 tahun, mulai di usia 15 tahun sampai sekarang. Keuntungan yang didapat selama 9 tahun? Sekitar Rp 3 juta dolar atau Rp 40 miliar,” kata dia.
Fuh, inilah idaman kebanyakan orang. Sampai satu tahap, bila kita telah kumpul duit sebanyak mungkin, kita ingin jadi pemegang saham dan ambil dividen setiap tahun. Tapi, perjalanan kearah itu bukan mudah.
Dalam proses nak kumpul modal, kita ada banyak pilihan.
Boleh jadi kita bekerja sungguh-sungguh, naik pangkat, miliki pegangan saham syarikat.
Ada juga yang memilih jalan untuk jalankan perniagaan dan kembangkan sehingga memiliki beberapa cawangan.
Menarik perkembangan kerjaya hari ini. Kita tidak terikat lagi dengan cara tradisional, ada banyak lagi pilihan yang boleh kita pilih. Kena tengok juga keadaan ekonomi semasa, semuanya berkait antara satu sama lain.
Tapi, ada satu lagi pilihan yang anda boleh buat untung walaupun ekonomi naik ataupun turun.
Pasaran Future Crude Palm Oil (FCPO).
Ya, pasaran ni kita boleh buat untung sama ada tengah naik ataupun turun.
Jika anda memang seorang pelabur saham, instrumen ni boleh jadi sebagai tempat untuk diversify pelaburan anda dikala keadaan pasaran yang kurang momentum sekarang ni.
Mana tahu anda boleh jadikan ini sebagai karier anda pula kan ?