4 Kerjaya Baru Pilihan Bekas Warga Penerbangan Selepas Diberhentikan Kerja | WR Trader Academy

4 Kerjaya Baru Pilihan Bekas Warga Penerbangan Selepas Diberhentikan Kerja

Facebook
Twitter
WhatsApp

Bayangkan, pada asalnya menjawat jawatan tinggi dengan gaji T20.

Ada yang sudah berkhidmat 5 tahun, ada juga yang sudah berkhidmat sehingga 20 tahun.

Tetapi apabila wabak datang, ada yang pada mulanya elaun ditahan, kemudian gaji dipotong dan akhirnya diberhentikan kerja.

Tidak kira siapa, dari juruterbang berpangkat kapten, pramugari malah yang bekerja di pejabat juga terkena tempiasnya.

Ini adalah realiti yang dihadapi oleh rakan-rakan kita dalam bidang penerbangan. Ramai sudah beralih arah demi kelangsungan hidup.

Mari kita lihat apakah pilihan kerja baru rakan-rakan kita ini:

1. Smashed Burger

Bekas juruterbang yang pernah berkhidmat di Malaysian Airlines dan Oman Air, Naeem Nasir bersama-sama isterinya membuka gerai burger di Bukit Jelutong.

Mereka mendapat idea setelah merindui burger di Oman tetapi sukar mendapatkannya di Malaysia.

Patty diperbuat daripada daging segar Australia lalu ditekan nipis, sebab itulah ia dipanggil ‘Smashed’.

2. Penghantar makanan

Kapten Khairul Anuar yang sudah berkhidmat selama 9 tahun dalam bidang aviasi, kini bekerja sebagai rider Foodpanda.

Carakerja kedua-duanya hampir sama, di mana, rider dan pilot ada jadual yang perlu dipatuhi, tetapi masa bekerja agak fleksibel.

Selain itu, Kapten juga menjual kambing bakar frozen.

3. Gerai laksa

‘Kapten Corner’ itulah nama yang diberi oleh Kapten Azrin Mohamad Zawawi kepada gerai makan beliau yang terletak di USJ11.

Gerai ini menjual juadah seperti mee kari, mee hun sup, laksa utara dan rojak buah.

Kapten Azrin berpengalaman lebih 20 tahun sebagai juruterbang, sebelum diberhentikan kerja.

Gerai beliau menjadi viral selepas beliau mengambil keputusan untuk memakai pakaian juruterbang ketika melayan pelanggan.

4. Trading

Pada awal tahun ini, Norhazwan Khalis diberhentikan kerja setelah 20 berkhidmat sebagai seorang juruterbang.

Tidak sedih, Norhazwan memandang ini sebagai peluang terbaik untuk mendalami minatnya secara sepenuh masa dalam bidang pelaburan.

Ia bukanlah minat baru, kerana beliau telah berjinak-jinak melihat carta sejak 2012 lagi.

Tambahan, sejak bertemu Tuan Wafi Azian, minatnya dalam bidang trading semakin membuak-buak. Seperti Wafi, Norhazwan memilih Futures Crude Palm Oil (FCPO) sebagai medium trading beliau.

Ikuti apa beliau kongsikan dalam video di bawah:

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang trading FCPO?

Kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI