Trend Line (TL) boleh digunakan untuk menentukan perubahan trend telah berlaku. Ianya sangat berguna dan memberi peluang kepada pedagang untuk memasuki pasaran. TL boleh dilukis pada mana-mana timeframe (TF) namun menggunakan chart Harian (Daily) atau TF60 adalah pilihan yang terbaik setidaknya untuk kita memahami trend utama untuk intraday.
Perhatikan chart di atas, apabila TL pecah, yang disertakan dengan signal perubahan trend seperti adanya chart pattern tertentu contohnya double top (panah warna merah).
Apabila harga pecah TL, biasanya ia akan membentuk channel baru (perhatikan simbol X, apabila median line bertindak menjadi resistance area, disitulah kawasan harga yang kita berminat untuk mencari entry. Seperti chart di atas, uptrend telah terbatal dari segi structure dan TL, maka kita cari entry sell.
Pengesahan trend telah tamat.
Ada 2 kategori chart pattern.
- Pattern kesinambungan trend: Ia bermaksud harga mengalami fasa ‘consolidation’ yang bahasa mudahnya, harga “ding-dong” seketika (sideways) untuk mengumpul momentum, untuk meneruskan trend yang ada. Contoh flag pattern dan pennant pattern.
- Pattern perubahan trend. Apabila ia berlaku, kita akan melihat trend akan berubah sepenuhnya. Perubahan trend ini berlaku apabila trend semasa telah pun tamat dan trend baru akan bermula.
Berbalik kepada tajuk kita iaitu ‘perubahan trend’, terdapat beberapa parameter untuk mengesahkan trend itu berubah seperti TL, CRS, dan chart pattern. Paling biasa reversal pattern adalah seperti double top yang saya tunjuk pada chart di atas, HNS, wedges dan lain-lain yang kita tidak bincangkan secara mendalam di sini.