Jadi Kaya atau Papa – Apa Matlamat Anda Berdagang? | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jadi Kaya atau Papa – Apa Matlamat Anda Berdagang?

Facebook
Twitter
WhatsApp

Saya kongsikan The Kelly Criterion (Kriteria Kelly) mengenai bagaimana anda harus tahu berapa banyak lot yang anda patut masuk dalam dagangan pada satu-satu masa, supaya kita tahu menerima risiko duit yang kita bakal hilang.

Mark Douglas, penulis ‘Trading in the Zone’ menyatakan bahawa kita tak patut masuk dagangan sehinggalah kita tahu dan terima risiko dagangan kita sepenuhnya.

Risiko bahawa duit akaun kita boleh lesap sekelip mata. Boleh jadi, anda melabur sepenuh masa untuk berdagang dan kemudian anda sedar, berdagang tidak sesuai untuk anda. Ia juga risiko bahawa anda kehilangan duit pencen anda!

Walau apa jua risiko, anda harus menerimanya.

Apa Profil Risiko anda?

Setiap pedagang mempunyai cara dagangan berbeza, maka profil risiko juga adalah berbeza. Profil dagangan saya adalah berbeza dengan anda. Profil risiko anda pula berbeza dengan pedagang dari bank pelaburan, dan begitulah seterusnya. Yang utama, perbezaan profil risiko ini disebabkan setiap pedagang mempunyai perbezaan matlamat dalam berdagang.

Contohnya, jika matlamat saya untuk menaikkan 2x ganda akaun saya dalam 1 tahun dan ingin untung besar, saya mengambil risiko yang lebih berbanding pedagang lain (pedagang A) yang sekadar mahu untung beberapa ratus ringgit dari pasaran. Jumlah lot, jenis dagangan, stoploss (SL), entry trading plan juga akan berbeza berbanding saya.

Risiko mereka seperti pedagang A, adalah dia akan terlepas peningkatan akaun kerana dia sekadar berharap pulangan yang sedikit dan perlahan. Risiko saya pula adalah kemungkinan akaun saya lesap kerana ‘over exposure’. Kedua-dua risiko adalah benar dan boleh terjadi dan kedua-duanya bergantung kepada matlamat dagangan anda.

Saya sendiri suka kepada akaun yang meningkat cepat, namun hanya saya tahu bila patut saya ‘going all big’. Itulah yang saya lakukan bila keadaan pasaran ‘membenarkan’ saya main lot besar dan saya yakin dengan keputusan saya ketika itu. Namun harus diingat, kalau saya ‘terkena’, besar jugalah jumlah akaun yang saya hilang.

Begitulah realiti berdagang di pasaran. Anda akan hilang duit. Hilang masa. Sakit hati. Penuh emosi. Anda harus berani dalam berdagang. Anda juga harus bersabar untuk terus berdagang. Apa yang anda harus lakukan, anda harus kenal siapa diri anda dan berapa yang anda sanggup laburkan dalam market.

Saya? Saya bukanlah jenis berdagang suam-suam kuku. Saya jenis yang berani dan berdasarkan profil risiko saya sendiri, saya akan berdagang bila saya yakin. Belajar- Bersedia- Berdagang- 1000%.

Bagaimana kalau akaun lesap?

Perasaan takut masuk lot yang besar adalah kerana bimbang akaun lesap. Itu adalah realiti. Anda boleh kehilangan semua dalam akaun dagangan anda atau mungkin sebahagian. Namun, akaun anda juga boleh naik berkali ganda jika sebaliknya.

Seperti yang dijelaskan oleh pedagang terkenal seperti Dan Zanger, Nicolas Darvas, William O’Neil, Timothy Sykes. Anda hanya harus bersedia- berdasarkan profil risiko anda. Anda harus terima berapa yang anda sanggup labur, dan terus berdagang!

Jadi, beritahu saya, apakah matlamat dagangan anda? Apa yang anda mahu kecapi dari pasaran? Berapa risiko duit yang anda mahu laburkan dalam dagangan? Hanya anda ada jawapannya.

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI