Ini Sebab Kenapa Ketidaktentuan Politik Mampu Menjejaskan Prestasi Saham Bursa Malaysia | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ini Sebab Kenapa Ketidaktentuan Politik Mampu Menjejaskan Prestasi Saham Bursa Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp

Tahun 2020 dapat kita lihat kemelut politik yang melanda negara serta berpanjangan telah memberi kesan kepada kejatuhan pasaran saham. Banyak kaunter rugi mengatasi kaunter untung serta merosotnya nilai dagangan dalam tempoh ini.

Namun, kenapa faktor perubahan iklim politik mampu memberi impak kepada kejatuhan saham?

Knee Jerk Reaction

Knee Jerk Reaction adalah istilah yang biasa digunakan di dalam perubatan. Apabila lutut diketuk dengan penukul getah, bahagian bawah kaki akan terangkat secara semula jadi.

Istilah ini boleh digunapakai untuk pasaran kewangan. Dalam perspektif ekonomi, apabila ada satu peristiwa yang terjadi yang boleh meningkatkan faktor ketidakstabilan kerajaan, pasaran kewangan akan ada knee jerk reaction yang bertindak secara semula jadi, atas sebab peristiwa itu berlaku.

Setiap keputusan pergolakan antara parti politik, keputusan yang dibuat akan melibatkan aliran duit keluar masuk ke negara. Oleh itu, ketidakpastian kerajaan sekali gus menyebabkan duit keluar pada pasaran.

Namun, pakar telah mengesahkan bahawa walaupun pasaran saham jatuh akibat daripada pergolakan dan ketidakstabilan politik, ia tidak akan memberi implikasi besar kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.

Bahkan, kejatuhan pasaran saham ini berlaku hanya dalam jangka pendek dan pasaran akan kembali pulih dalam masa antara tiga dan enam bulan jika faktor kestabilan kerajaan dapat dipulihkan.

Kesimpulan

Terbukti bahawa ketidakstabilan politik mampu menggugat pergerakan kaunter saham. Sebagai pelabur berdisiplin, kita perlu meletakkan target stop loss atau tahap kerugian yang mampu kita tanggung agar kerugian itu tidak menjadi semakin berdarah.

Tahukah anda, terdapat instrumen lain yang mampu menjana keuntungan walaupun berlakunya ketidakstabilan politik, ataupun kejatuhan pasaran?

Ya, inilah dia pasaran derivative minyak sawit mentah (FCPO).

FCPO bergerak lebih pantas kerana lebih ramai player, menjadikan volume lebih tinggi. Lagipun anda boleh buat duit ketika market menaik dan market menurun.

Sebelum terus terjun dalam dunia trading ini, apa kata familiarize diri anda dengan bidang ini.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO:

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI