Ini Cara Pantas Untuk Tambah Dana Persaraan Anda Tanpa Bergantung Dengan KWSP . | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ini Cara Pantas Untuk Tambah Dana Persaraan Anda Tanpa Bergantung Dengan KWSP .

Facebook
Twitter
WhatsApp

Menyimpan wang merupakan satu langkah penting yang perlu dilakukan setiap individu terutamanya golongan yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan setiap bulan.

Kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi membantu kita hidup lebih lama daripada sebelumnya. Tetapi prospek untuk hidup dengan duit persaraan selama 30 tahun, jangka masa yang selalunya dihabiskan oleh seseorang untuk bekerja, menjadikan simpanan anda sangat penting dan perlu dirancang sejak muda lagi.

Tetapi menabung hanyalah satu aspek persaraan. Anda perlu mengambil berat tentang faktor inflasi, iaitu suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan pada masa depan. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk menambah dana persaraan anda supaya mencukupi menjelang hari tua nanti.

1. Berhenti berhutang dan selesaikan hutang dengan cepat

Ya, ini adalah perkara pertama anda perlu lakukan terlebih dahulu. Selesaikan hutang anda secepat yang mungkin supaya anda mempunyai lebih banyak wang dalam belanjawan anda untuk simpanan jangka panjang.

Kenal pasti sama ada hutang itu hutang baik atau pun hutang buruk. Hutang baik adalah seperti pemilikan hartanah, pinjaman ASB dan pinjaman pendidikan. Hutang buruk pula adalah seperti hutang kad kredit, pemilikan kereta serta pinjaman peribadi bagi memiliki aset yang mempunyai susut nilai seperti membeli perabot atau gadget.

2. Tambah pendapatan sampingan

Sekiranya anda bekerja di sektor swasta, anda boleh buat pilihan menukar tempat kerja atau memohon kenaikan pangkat. Sekiranya tidak anda boleh mencuba melakukan kerja tambahan berasaskan ‘gig economy’ seperti jadi pemandu e-hailing, penghantar barangan atau pun penghantar makanan.

Antara pilihan lain adalah seperti menjadi ejen untuk syarikat-syarikat menjual barangan, ejen unit amanah, ejen insurans atau pun ejen penapis air. Sekiranya anda mempunyai kemahiran, bolehlah pasarkan kemahiran anda dan membuat servis kepada orang lain contohnya membuat website, graphic designer, pertukangan mahupun elektrikal.

Apa yang penting adalah untuk menambah pendapatan sedia ada agar kita punya simpanan yang cukup untuk digunakan ketika persaraan

3. Perbanyakkan simpanan dan melabur

Kebanyakan pakar mengatakan anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda semasa bekerja (sebagai tambahan kepada sumbangan mandatori KWSP yang bertambah sehingga 23%) sebagai persediaan untuk persaraan. Jika anda lewat mula menyimpan maka anda mungkin perlu meningkatkan lagi jumlah tersebut.

Antara pilihan untuk simpanan dan melabur adalah seperti Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme-PRS), unit amanah seperti ASB, Public Mutual dan lain-lain, atau pun boleh melabur di dalam saham Bursa Malaysia.

Lebih awal anda bermula, lebih banyak potensi pulangan wang anda . Ini adalah hasil kompaun berganda untuk anda menjana lebih banyak wang.

Katakan anda melabur sebanyak RM 10,000 dan anda mendapat 5% keuntungan setahun.

Hasilnya anda akan memperolehi RM 10,500 setahun. Untuk tahun-tahun yang akan datang, anda membuat keuntungan sebanyak 5% lagi, iabukan hanya untuk RM 10,000 yang pertama, tetapi juga pada RM 500 yang anda perolehi pada tahun tersebut. Itulah manfaat kompaun berganda.

Sekarang anda sudah tahu bagaimana untuk meningkatkan dana persaraan tanpa terlalu berharap dengan KWSP. Namun, tahukah anda terdapat satu lagi pilihan yang lebih pantas untuk mengembangkan dana persaraan anda?

4. Berdagang di Pasaran Derivatif Bursa Malaysia

Bila sebut tentang berdagang ni, orang akan selalu teringat akan saham. Tetapi di Malaysia, dalam Bursa, ada satu market lagi yang lebih pantas buat duit (high return high risk) iaitu Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI