Sejak kebelakangan ini, macam-macam cara orang kita buat untuk jana pendapatan. Sejak ramai yang untung dalam kaunter saham produk sarung tangan getah, tiba-tiba banyak pula cakap-cakap tentang saham.
Main saham ni tak salah. Yang tak bolehnya asyik dengar cakap orang. Itu bagus, ini okey, tapi tak ada ilmu. Belajar pun di internet sahaja, mana cukup begitu. Proses pembelajaran terbaik adalah berguru dengan guru yang mempunyai rekod baik tentang ilmu yang diajarkan.
Dalam artikel ini kami kongsikan tips untuk mencari guru pelaburan saham yang boleh dipercayai.
1. Mempunyai ‘Proven Result’
Guru tersebut haruslah mempunyai pengalaman bertahun lamanya dan sudah melalui proses jatuh bangun terutamanya apabila fasa pasaran saham merudum (bearish) dan fasa pasaran saham naik mendadak (bullish).
Kebanyakan guru pasti akan post screenshot keuntungan saham miliknya. Namun, guru yang proven pasti akan menunjukkan kerugian yang dialami serta cara bagaimana untuk mendapatkan keuntungan selepas kerugian tadi.
2. Mempunyai ‘Group Support’ Yang Sangat Bagus
Perasan tak ada guru tu, bila kita dah pergi seminar beliau – sampai sekarang tak dengar khabar berita. Lebih parah lagi kalau kita pergi kelas yang berbayar.
Dah menjadi lumrah alam, ada yang dapat terima ilmu dan aplikasinya dengan sangat cepat; tapi ada juga yang merangkak. Kesian kepada mereka yang terkapai-kapai ini, tak dapat sebarang bantuan. Carilah guru yang mempunyai kumpulan sokongan supaya dapat terus membantu anda secara berterusan.
3. Berani untuk ‘Live Trade’
Ya, ini adalah bukti bahawa guru anda benar-benar berani dan ‘rare’. Ini kerana, ramai guru boleh tunjukkan teknik itu ini dengan sekadar posting di media social. Tapi, jarang kita dengar ada guru yang sanggup ‘Live Trade’ bersama anak didiknya.
Apabila kita dapat bersama ‘Live Trade’ bersama guru, baru kita dapat tahu akan keberkesanan teknik yang guru itu terapkan. Kalau guru rugi, kita juga rugi, namun, bagaimana cara untuk guru itu ajar kita teknik mendapatkan keuntungan semula itu yang lebih penting.
Jangan Silap Pilih Guru
Semoga dengan 3 panduan mencari guru pelaburan saham ini, anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kaki-kaki scammers.
Anda sedang tercari-cari guru yang proven? Apa kata anda berguru untuk berdagang di Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).
FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.
Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.
Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.
Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.
Jumpa anda di sana!