I-Sinar Pengeluaran Tanpa Syarat, Apa Yang Anda Harus Lakukan | WR Trader Academy

I-Sinar Pengeluaran Tanpa Syarat, Apa Yang Anda Harus Lakukan

Facebook
Twitter
WhatsApp

Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

CIMB group chief executive officer Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (left) and CIMB group financial chief officer Khairul Rifaie (right) during the First Half Financial Year 2019 results announcement in Kuala Lumpur on Thursday. AUGUST 29,2019.
PIC RAZAK GHAZALI

Walaupun ini merupakan satu berita yang menggembirakan, kita kena jelas bahawa tujuan duit yang disimpan di dalam KWSP itu adalah untuk dana persaraan kita nanti. Oleh itu, sekiranya kita menyalahgunakan kemudahan yang diberikan, kita akan merasa akibatnya pada masa akan datang.

Di sini, kami kongsikan langkah yang sesuai untuk anda lakukan apabila lulus permohonan i-Sinar KWSP.

1. Jangan keluarkan simpanan akaun 1

Bunyi macam kelakar tapi sebenarnya agak penting. Pilihan ini adalah khas untuk mereka yang tidak mengalami sebarang kesukaran menjana pendapatan dalam tempoh pandemik ini.

Tahukah anda, simpanan KWSP akaun 1 mempunyai bahagian lebih banyak daripada akaun 2 selepas tolakan daripada gaji anda dan bahagian majikan?

KWSP menggunakan dana daripada simpanan anda dan didagangkan di pasaran modal. Pulangan daripada pelaburan itu akan dikembalikan kepada anda semula.

Apabila sebahagian amaun akaun 1 dikeluarkan, ia akan menjejaskan pulangan pulaburan KWSP kepada anda pada masa hadapan.

2. Gunakan untuk kelangsungan hidup

Bagi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 seperti kehilangan pekerjaan, dipotong gaji dan elaun pendapatan diharap dapat gunakan kemudahan i-Sinar ini untuk kegunaan harian.

Apa yang penting adalah memastikan ada makanan di atas meja makan.

3. Bayar hutang jahat

Pada PKP yang pertama terdapat kemudahan morotarium daripada pihak bank selama 6 bulan yang merehatkan pembayaran pinjaman rumah, kereta dan juga pinjaman peribadi. Jadi pada tempoh itu kita mungkin hanya membayar hutang yang tidak tersenarai dalam morotarium.

Maka, dengan pengeluaran i-Sinar ini, mungkin boleh dapat membuat top-up pembayaran hutang yang mana patut. Sekaligus mempercepatkan diri kita bebas daripada hutang.

4. Belanja pendidikan anak-anak

Sejak tempoh persekolahan bermula, banyak kita dengar masalah tentang penyediaan gajet dan internet untuk pendidikan anak-anak.

Kita boleh gunakan dana ini untuk membeli gajet yang bersesuaian serta melanggan pelan internet yang berpatutan agar anak-anak dapat menyambung pelajaran tanpa sebarang gangguan.

5. Sertai Takaful

Sejak berlakunya pandemik ini, kesedaran kepada kesihatan rakyat semakin meninggi. Maka perlindungan kecemasan kesihatan juga adalah amat penting bagi membantu kita pada waktu kecemasan.

Maka, langganilah takaful sebagai insurans perlindungan diri dan kelaurga sekiranya musibah datang melanda.

6. Membuat pelaburan pada instrumen yang sah

Bila dah dapat kemudahan i-Sinar ini, diharap anda berhati-hati untuk tidak terjerumus ke skim cepat kaya. Laburlah ke instrumen yang betul-betul sah di sisi undang-undang seperti saham, pasaran hadapan, unit trust, hartanah, kripto, emas dan bermacam lagi.

Anda boleh cuba untuk berdagang di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) kerana ianya merupakan satu-satunya produk Bursa Malaysia yang disahkan menepati kelulusan syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. FCPO merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.

KESIMPULAN

i-Sinar itu merupakan kemudahan kewangan terbaik untuk mengatasi masalah kewangan anda. Maka, gunakanlah ia sebaiknya agar tidak dibazirkan.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Untuk mendapatkan tips-tips percuma dan info dengan
LEBIH CEPAT
subscribe Telegram kami.