Golongan Profesional Mula Terjun Ke Dalam Bidang “Futures Market?" | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Golongan Profesional Mula Terjun Ke Dalam Bidang “Futures Market?”

Facebook
Twitter
WhatsApp

Belakangan ini, ramai yang dah mula sedar kerjaya sebagai seorang trader mampu untuk memberi pendapatan sampingan yang sangat berbaloi.

Ada segelintir golongan profesional sanggup berhenti bekerja semata-mata untuk menjadi trader sepenuh masa.

Masalah terbesar golongan profesional untuk menceburi bidang trading adalah kerana kekangan masa.

Jadi bagaimana pelajar WR boleh atasi masalah tersebut?

Jawapan yang tepat ialah keinginan yang tinggi untuk berjaya dan teknik “set-up” trade yang sangat menjimatkan masa.

Pada kali ini, kami kongsikan coretan para pelajar kami yang terdiri di dalam golongan profesional yang menjadikan trading sebagai kerjaya sepenuh masa atau separuh masa.

Jurutera wanita berhenti kerja selepas yakin dengan Futures Trading.

Ini kisah Puan Farhana, bekas jurutera.Beliau mula trade di dalam pasaran hadapan sejak awal 2021 yang lalu.

Sebelum beliau belajar ilmu teknikal analisis bersama WR, beliau telah menyertai beberapa kelas yang lain

Katanya kaedah yang beliau belajar sebelum ini membawa kepada kerugian.

Apa yang membuatkan beliau memilih WR adalah kerana komitmen tenaga pengajar di dalam WR.

“Cikgu Wafi sangat bagus, sangat komited mengajar. Buat saya semangat belajar.”

“Saya nampak, apa yang Cikgu wafi ajar itu betul. Cara-cara beliau, teknik beliau. Berkesan untuk untung.”

Seperti yang kita sedia maklum, dagangan di dalam“Futures Market” sangat berisiko jika tiada ilmu dan pengurusan risiko yang betul.

Beliau mula berhenti bekerja sebagai jurutera selepas yakin dengan kerjaya sebagai seorang trader yang konsisten.

Jelas Puan Nurul Farhana, “Selepas WR, saya yakin betul ‘Futures Trading’ ini boleh dijadikan income. Sebab itulah saya berhenti kerja.”

 

 

Bagaimana doktor menjadikan trading sebagai kerjaya separuh masa.

Ini adalah kisah Dr Hazim. Seorang doktor perubatan yang sebelum ini berkhidmat di sebuah hospital di Sabah.

Pada tahun 2016, dalam kesibukannya, ketika sedang berehat sebentar untuk menilik Muka Buku, beliau ternampak seorang rakannya memberi komen di profil seseorang yang bernama Wafi Azian.

Terus terang, Dr Hazim langsung tidak pernah mengetahui dan tiada minat langsung di dalam bidang trading sebelum ini.

“Pada Januari 2020, saya mula trading semula guna teknik yang saya belajar sebelum ini. Saya profit ketika ini.”

“Pada Februari, saya lost. Habis profit saya pada bulan Januari.

“Bulan Mac lost lagi, saya rasa ada benda tak kena je. Jadi saya stop. Rehat 4 bulan,” cerita Dr Hazim.

“Bulan Julai (2020), saya mula balik, lost lagi. Tapi saya dah mula sedar apa silap saya.”

“Bulan lapan, saya profit. Ketika ini nampak macam saya dah boleh follow teknik, dah tau mana silap saya, dah tau dekat mana saya kena perbaiki dan perlukan bimbingan.

Selepas Dr Hazim berhubung semula dengan tenaga pengajar WR, beliau sudah mula trading secara konsisten, dan profit secara konsisten.

Pada bulan Ogos 2020, beliau untung sebanyak 13%.

Pada bulan September 2020, pertama kali sebagai seorang trader, beliau mendapat untung 100%.

Dan kini, Dr Hazim masih berusaha untuk menjadi seorang trader yang lebih baik.

Bina rangkaian positif bersama “circle trader” yang berkualiti

 Sebenarnya, banyak lagi kisah dan coretan para pejar WR yang menarik. Ramai pelajar di WR yang terdiri daripada golongan profesional.

Ada yang bekerja sebagai akauntan, jurutera, doktor, optometrist dan sebagainya.

Mereka di dalam WR umpama keluarga dan sering berkongsi tips dan ilmu.

Selain itu mereka juga suka berkongsi masalah dan memberi motivasi sesama sendiri.

Inilah gambaran persekitaran positif yang hanya boleh dirasai di dalam program yang dianjurkan WR Trader Academy sahaja.

TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK INFO DAN PENDAFTARAN SEMINAR MRTF BERSAMA WR TRADER ACADEMY!

https://wrtraderfcpo.com/

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI