Kadang-kadang, ramai yang selalu salah faham dengan trading, pelaburan dan skim cepat kaya.
Ketiga-tiga perkara ni mempunyai perbezaan yang sangat signifikan sebenarnya walaupun mempunyai tujuan yang sama iaitu mendapatkan pulangan.
Sebagai contoh, jika anda pelabur di dalam pasaran saham semestinya memerlukan anda untuk mahir di dalam ilmu fundamental analisis.
Sebagai seorang trader pula anda perlu mempunyai kemahiran teknikal analisis bagi membolehkan anda menjana profit dan menguruskan risiko di dalam trade.
Skim cepat kaya pula sudah jelas merupakan penipuan yang menindas pelabur mereka yang bakal menghadapi kehilangan modal serta-merta.
FCPO ni market trading dalam ‘Bursa Derivatives Malaysia’ (BMD) yang sudah disahkan 100% patuh syariah.
Secara amnya, trader FCPO berdagang komoditi utama negara kita iaitu minyak sawit mentah.
Selain itu, minyak sawit mentah ini didagangkan pada harga yang bakal dijual pada masa hadapan.
Berbeza dengan pelaburan seperti saham, FCPO tidak terikat dengan prestasi kewangan mana-mana syarikat.
Oleh yang demikian, memang mudah kalau anda nak konsisten profit dengan FCPO.
Tonton video dibawah untuk info lanjut tentang perbezaan antara pelaburan dan trading di dalam pasaran FCPO:
Sementara itu, kelebihan apabila anda trade di dalam pasaran FCPO ni anda tidak perlu buang masa untuk analisis banyak-banyak kaunter.
Kami dari WR Trader Academy komited untuk menyediakan modul terbaik yang memudahkan anda trade di dalam pasaran FCPO.
Beri diri anda peluang untuk mempelajari secara mendalam tentang perdagangan FCPO dan teknikal analisis sehingga anda berjaya di dalam dunia trading.
Mungkin anda mempunyai potensi yang besar untuk menjadi trader yang berjaya. Bak kata pepatah, “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”.
Sertai kelas Rahsia Trader FCPO (RTF) bersama WR Trader Academy bagi mendalami pengetahuan di dalam dunia FCPO di samping mempelajari teknik menghasilkan trade yang berkualiti.