FCPO: Rahsia Dagangan Pasaran HadapanYang Menjanjikan Pulangan Yang Besar. | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

FCPO: Rahsia Dagangan Pasaran HadapanYang Menjanjikan Pulangan Yang Besar.

Facebook
Twitter
WhatsApp
fcpo-vs-forex

Pernahkah anda mendengar tentang pasaran hadapan?

Jika anda pernah menonton siri Netflix yang berjudul “Squid Game”, pasti anda pernah mendengar tentang pasaran hadapan kerana ianya ada disebut oleh watak utama di dalam siri popular itu iaitu Sang Woo.

Apa itu pasaran hadapan?

Pasaran hadapan adalah kontrak jual-beli komoditi tertentu berdasarkan harga yang telah ditetapkan pada masa hadapan.

Pembeli kontrak pasaran hadapan bertanggungjawab untuk membeli komoditi dalam jangka waktu tertentu.

Penjual kontrak pasaran hadapan pula perlu menjual komoditi dalam batas waktu yang ditentukan.

Ianya mempunyai kaitan dengan kuantiti standard komoditi tertentu.

Para pedagang akan melaksanakan jual-beli pada waktu tertentu berdasarkan kepada kontrak hadapan dengan harga tetap pada saat membuat kesepakatan pasaran hadapan.

Ertinya, masa depan ini harus diterapkan dalam tarikh yang ditetapkan di dalam kontrak pasaran hadapan secara spesifik.

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (FCPO)

 Seperti yang sedia maklum, FCPO merupakan produk dagangan yang ditawarkan oleh BMD dan berpotensi memberi peluang keuntungan yang sangat tinggi.

FCPO merupakan salah satu produk dagangan yang telah disahkan patuh syariah oleh panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ianya disandarkan kepada pasaran fizikal minyak sawit mentah itu sendiri.

FCPO iaalah pasaran dua hala di mana pedagang boleh mengaut untung semasa harga masaran menaik, mahupun menurun.

Sebagai produk pasaran hadapan, FCPO merupakan produk dagangan yang berisiko tinggi.

Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan untuk menimba ilmu teknikal analisis, pengurusan risiko, dan strategi dagangan bagi meminimumkan risiko di samping memaksimumkan keuntungan.

Risiko

 Dari perspektif risiko pula pasaran hadapan mempunyai risiko yang sangat tinggi.

Lebih tinggi berbanding pasaran ekuiti atau saham.

Pada waktu yang sama, peluang pulangannya juga adalah sangat tinggi kerana ianya mempunyai volatiliti yang tinggi.

Pengurusan risiko di dalam dagangan pasaran hadapan amat penting.

Analisa teknikal yang tepat, strategi yang betul dan emosi yang stabil dapat membantu pedagang untuk mengurangkan risiko.

Sila tonton video dibawah untuk penerangan dan info yang lebih lanjut:

Belajar Bersama WR Trader Academy

 Anda boleh menyertai kelas-kelas dagangan yang di anjurkan oleh WR Trader Academy sebagai persediaan sebelum mula berdagang di dalam pasaran FCPO.

WR Trader Academy mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman tinggi dan masih aktif di dalam dunia dagangan FCPO sejak 15 tahun yang lalu.

Pelajari cara untuk menghasilkan dagangan yang berkualiti bersama WR Trader Academy di dalam seminar-seminar yang dianjurkan mereka.

TEKAN LINK DI BAWAH UNTUK INFO DAN PENDAFTARAN SEMINAR RTF BERSAMA WR TRADER ACADEMY!

https://wrtraderfcpo.com/

 

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI