Emosi Penyumbang Terbesar Kerugian Anda | WR Trader Academy

Emosi Penyumbang Terbesar Kerugian Anda

Facebook
Twitter
WhatsApp

Sebenarnya penyumbang terbesar anda dalam trading adalah emosi. Kenapa emosi?

Sebagai manusia kita tidak boleh lari dari sifat tamak, terlampau yakin dan pelbagai sifat negatif ketika trading, Belajar pelbagai teknik sekali pun jika anda tidak dapat kuasai diri anda dari sifat negatif dalam trading ini. Anda akan gagal.

Kerana emosi dia akan mempengaruhi money management anda.

Kerana emosi anda akan overtrade dan risko akan bertambah besar.

Kerana emosi anda anda overexcited dan lupa apa  yang anda pelajari sebelum ini.

Senarai ini akan beterusan. Jadi kunci utama dia adalah emosi.

Jadi bagaimana untuk kawal emosi anda?

Lima tips ini kami kongsikan bagaimana untuk mengawal risiko anda:

1# Tetapkan matlamat anda

Tuliskan matlamat anda, Apa impian anda tulis dengan selengkap lengkapnya. Selesai di bahagian matlamat, Tulis bagimana untuk anda mencapai matlamat anda. Jawapanya semua ada dalam diri

Anda, Pastikan matlamat anda itu realistik.

2# Pastikan anda ada trading journal

Trader yang baik mempunya trading journal sendiri, disitu anda boleh rekodkan hasil trading anda.Anda boleh tulis sebab apa anda loss atau win dalam setiap entry anda. Dengan adanya trading journal anda dapat belajar apa yang betul dan salah dari setiap entry anda didalam market.

3# Buat analisis sehabis baik

Jika anda analysis anda sudah dilakukan maka anda sudah pun tahu dimana entry poin dan exit point anda. Anda boleh sudah pun membuat kira-kira siap-siap risiko dan profit anda sebelum anda mengambil posisi anda didalam pasaran. Bukan masuk pasaran dengan hetam keromo

4# Money management

Seperti kami tekan kan dalam artikal sebelum ini mengenai money management ,3% dari pada modal anda. Percaya la ini amat penting. Jika Tip no 4 I ni hancur . Tips 1-3 pun akan turut sama hancur.Sayangilah modal anda.

5# Latihan

“Practice make perfect” pepatah mat salleh. Lakukan backtest dengan analisis dan Money Management. Cuba bayangkan anda betul-betul sedang mengunakan modal anda (walaupun susah hehe). Sangat membantu untuk meningkatkan keyakinan anda didalam trading nanti. Ulangi 1000x pun tak apa.

Jika anda lakukan semua di atas kami pasti emosi ada akan tenang. Anda perlu tahu yang pasaran bukan kita punya. Apa yang kita boleh lakukan. Hanya persedian yang mantap.

Sebelum berperang semua kelengkapan perang, latihan dan mental harus la kuat dan cukup.

BACA JUGA

Untuk mendapatkan tips-tips percuma dan info dengan
LEBIH CEPAT
subscribe Telegram kami.