Dividen KWSP Purata 5%, Apa Yang Kita Boleh Pelajari | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dividen KWSP Purata 5%, Apa Yang Kita Boleh Pelajari

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen bagi tahun 2020 sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional manakala 4.90 peratus untuk Simpanan Syariah.

Peratusan itu lebih rendah berbanding dividen 5.45 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.00 peratus bagi Simpanan Syariah yang dicatatkan pada tahun 2019.

Jumlah agihan bagi Simpanan Konvensional pula sebanyak RM42.88 bilion manakala jumlah agihan bagi Simpanan Syariah berjumlah RM4.76 bilion.

Secara keseluruhannya, jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.

Kenapa Simpanan Syariah tidak sebanyak Simpanan Konvensional?

Ada banyak faktor penyebab kepada berlakunya ini.

  1. Masih ramai lagi ahli beragama Islam tidak membuat tukaran daripada simpanan konvensional ke simpanan syariah. Dilaporkan terdapat lebih kurang 89% ahli beragama Islam masih kekal dengan simpanan konvensional
  2. Caruman gaji oleh ahli bukan beragama Islam lebih besar daripada ahli beragama Islam. Fakta ini mungkin kurang tepat, cuma boleh kita lihat keadaan sekeliling apabila kita melihat para pekerja yang bukan beragama Islam banyak memonopoli bidang dan pangkat yang lebih profesional berbanding pekerja beragama Islam.
  3. Kurangnya promosi pertukaran simpanan syariah oleh pihak KWSP ini. Simpanan syariah KWSP telah diperkenalkan lebih 5 tahun yang lalu. Namun, dapat kita lihat bahawa pihak KWSP tidak begitu mempromosikan simpanan ini kepada ahli.
  4. Pencarum tidak cakna akan adanya simpanan syariah. Mungkin terdapat ahli yang tidak faham akan fungsi caruman KWSP ini terhadap masa hadapan mereka, maka mereka tidak begitu mengambil pusing tentang apa yang berlaku ke atas dana persaraan mereka ini.

Sebagai Muslim, apa yang perlu kita lakukan?

  1. Kekalkan simpanan dalam dana syariah bagi yang memang dah simpan dalam dana syariah .
  2. Tukar ke simpanan syariah bagi yang belum tukar

Kenapa?

  1. Mencari yang halal itu wajib.
  2. Kita kena pastikan simpanan syariah kita berkembang supaya syarikat-syarikat berlumba-lumba untuk mendapatkan penarafan syariah supaya mereka boleh dapat pelaburan daripada KWSP.

Tahukah anda, sebagai Muslim yang membuat caruman di dana konvensional KWSP, anda wajib membuat penyucian hasil daripada dapatan dividen oleh KWSP.

Untuk pembersihan dividen tahun 2020, sebanyak 69% daripada hasil dividen perlu dibersihkan.

Maka, dividen daripada simpanan konvensional tahun 2020 5.20% perlu ditolak dengan 69% barulah hasil dapatan dividen yang dimiliki adalah suci.

Bila kita terima sesuatu pulangan/dividen/hibah, kita kena kira dalam pulangan yang sebenar bukannya pulangan kasar semata-mata. Jadi, bila kita terima pulangan daripada simpanan konvensional, memang benar ianya sedikit tinggi tapi ini belum ditolak hasil yang datang dari sumber yang tidak halal.

Inginkan instrumen pelaburan patuh syariah yang lebih menguntungkan?

Anda boleh cuba berdagang di Bursa Malaysia. Bila sebut tentang berdagang ni, orang akan selalu teringat akan saham. Tetapi di Malaysia, dalam Bursa, ada satu market lagi yang lebih pantas buat duit (high return high risk) iaitu Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI