Bitcoin Menjangkau RM100,000: Ini 3 Perkara Yang Dapat Kita Pelajari | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bitcoin Menjangkau RM100,000: Ini 3 Perkara Yang Dapat Kita Pelajari

Facebook
Twitter
WhatsApp

Nilai Bitcoin memperlihatkan peningkatan pada tahun 2020 sejak bermulanya penularan wabak virus yang mengancam seluruh dunia ketika ini.

Terbaru, selepas hanya melepasi angka RM80,000 buat pertama kalinya pada tahun ini semenjak pertama kali pada tahun 2018, kini nilai Bitcoin telah pun melangkaui angka RM100,000.

Seperti ramai sedia maklum, Bitcoin adalah salah satu kriptowang yang diterima beberapa pihak – lebih meluas jikalau dibandingkan dengan beberapa kriptowang yang lain.

Pada artikel kali ini kami ingin bawa kepada anda pengajaran tentang kenaikan harga Bitcoin.

1. Manfaatkan peluang yang ada

Bitcoin mula mendapat perhatian dunia apabila nilainya mencecah RM80,000 pada tahun 2018. Ketika ini ramai kita dengar mereka-mereka yang berjaya mencipta kekayaan hasil daripada penjualan Bitcoin mereka ketika itu.

Kenapa mereka semua berjaya? Kerana mereka mencari-cari maklumat tentang Bitcoin serta menggunakan peluang yang ada pada waktu itu untuk memiliki Bitcoin pada harga yang lebih rendah.

Apabila berlakunya kejatuhan harga Bitcoin ke paras bawah RM60,000, ramai yang anggap Bitcoin merupakan satu bentuk ‘scam’ moden tanpa memikirkan tentang fungsi dan tujuan pemilikannya.

Nah, kali ini harga Bitcoin telah melepasi paras ‘All Time High’ dan orang ramai mula mencari semula ilmu berkenaan Bitcoin yang secara teknikalnya telah terlewat untuk mereka masuk ke pasaran sekarang.

2. Kaji, kaji dan kaji

Seperti kenyataan pada perenggan atas, mereka yang telah berjaya menjadi jutawan pada tahun 2018 melalui penjualan Bitcoin adalah disebabkan oleh mereka mengkaji dengan lebih awal tentang matawang crypto ini.

Sama juga dengan segala bentuk pelaburan. Anda harus mempelajarinya terlebih dahulu dan kenal pasti keabsahan sesuatu pelaburan tersebut. Yang penting, anda tidak melibatkan diri ke dalam pelaburan MLM atau money game.

3. Cuba dan terus cuba

Setelah anda kenal pasti kebenaran sesuatu pelaburan itu, anda haruslah dapatkan pertolongan dan bimbingan orang yang lebih pakar dalam bidang ini.

Bukan apa, kebiasaannya mereka yang meredah sendiri, pasti akan berjumpa dengan banyak halangan. Lama-lama, putus asa akibat gagal meraih keuntungan yang diharapkan.

Kesimpulan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah meluluskan platform Luno untuk menjalankan dagangan matawang crypto terpilih di Malaysia. Berdasarkan apa yang ditulis di atas, ini merupakan peluang yang patut dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia untuk mencuba berdagang matawang crypto.

Bursa Malaysia juga mempunyai satu bentuk dagangan produk komoditi patuh syariah yang patut rakyat Malaysia ambil kesempatan berdagang dengannya.

Produk dagangan komoditi ini merupakan Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau Futures Crude Palm Oil (FCPO). Menariknya tentang FCPO ini, ia merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk sertai webinar Online ‘6 Perkara Paling Best Buat Duit Dengan FCPO’.

Anda akan dibongkarkan dengan 6 rahsia trader jutawan yang akan dibongkarkan dalam webinar ini.

Jadi apa tunggu lagi? Klik sini untuk maklumat lanjut. Tawaran adalah terhad!

BACA JUGA

5 Cara Buat Duit Di Rumah

Zaman mencabar seperti sekarang menuntut kita menjadi lebih fleksible dan kreatif untuk tambah pendapatan diri dan keluarga. Kita perlu lebih terbuka kepada peluang-peluang alternatif buat

Teruskan bacaan »

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI