Bersiap Sedia Untuk Pulangan ASB | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bersiap Sedia Untuk Pulangan ASB

Facebook
Twitter
WhatsApp
pnb

Saya perasan ada rakan-rakan Fb saya yang dijemput ke Bicara Santai ASB semalam (3 Disember 2019). Sejurus majlis itu, saya teliti output daripada mereka dengan teliti dan saya minta maaf awal-awal, segala ulasan ni berdasarkan pemerhatian peribadi sahaja.

Saban tahun, kita sudah biasa dengan pulangan sekitar 6-7% daripada ASB. Namun, baru-baru ini kita ada mendengar ura-ura supaya menjaga expectation kita terhadap pulangan ASB kali ini.

asb

Antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia diminta supaya tidak meletakkan expectation yang tinggi pada PNB adalah 

  1. Saiz dana yang membesar terlalu drastik
  2. Keadaan ekonomi tempatan berbanding luar negara
  3. Nature pelaburan ASB itu sendiri
asb
Sumber : Fb Suzardi Maulan

Saiz Dana Terlampau besar

Untuk pengetahuan anda, jumlah saiz dana PNB terkini adalah RM320 bilion. Untuk menguruskan dana  yang mempunyai saiz yang terlalu besar tidaklah semudah menguruskan dana yang bersaiz kecil.

Hal ini berkaitan dengan polisi atau nature ASB itu sendiri iaitu nilai unit yang tetap RM1. Andaikata pelaburan PNB rugi, pihak pengurusan terpaksa menanggung kerugian untuk mengekalkan nilai unit itu. Begitulah juga kalau untung.

Ditambah lagi dengan keadaan ekonomi semasa, PNB tidak boleh menetapkan peratusan yang tinggi dalam pasaran yang agresif.

Tapi bukankah bila saiz dana yang besar sepatutnya boleh memberi pulangan yang tinggi juga?

Ia tidaklah semudah yang anda sangkakan.

Jangan duit sendiri memang mudah, cuba jaga duit orang.
Pantang rugi sikit, semua melenting.
Kalau untung, ucap terima kasih pun tidak.

Jadi, bila saiz dana yang terlalu besar, pihak pengurusan kena ambil langkah yang konservatif seperti yang dikongsikan oleh Tuan Kauthar.

Seimbangkan Portfolio

Bila ada ura-ura sebegini, meraka yang mempelbagaikan instrumen pelaburan dan menjaga portfolio tidak akan gelabah.

Sepatutnya, sebelum anda melabur dalam ASB lagi, anda kena ambil tahu naturenya macam mana. ASB adalah amanah saham dan dalam amanah saham ada beberapa kategori mengikut kadar risiko iaitu high risk, medium risk dan low risk.

Kalau ikut jiwa F1 saya, ASB ni saya anggap low risk sahaja. Jadi, pulangannya pun sepadan dengan tahap risikonya. High risk, high return.

Sebagai pelabur, anda perlu pelbagaikan insturmen pelaburan anda. Jangan semua anda letakkan dalam ASB. Saya cakap begini bukan bermakna saya tolak ASB. Cuma nak beritahu, fahamkan konsep high risk high return tu betul-betul. Kebanyakan kita suka nak pulangan tinggi tapi tak nak ambil risiko.

Nak mudah faham, saya suka beri cadangan ikut rule 20/80. Walaupun tidak tepat, paling tidak boleh bagi panduan untuk anda bermula.

Kita ambil contoh anda ada RM100k.

Jika anda seorang yang suka ambil risiko tinggi, anda boleh peruntukkan 80% daripada modal anda dalam insrumen risiko tinggi seperti FCPO, saham. Lagi 20% letaklah dalam instrumen risiko rendah seperti ASB.

Begitulah sebaliknya jika anda jenis yang tak ambil risiko. Dengan campuran insrumen yang berbeza risiko, anda dapat kawal risiko pelaburan portfolio anda berdasarkan tahap risiko anda sendiri.

Ingat, ASB tak salah jika beri pulangan lebih rendah. Cuma, perbetulkan expectation anda dan seimbangkan semula portfolio pelaburan anda.

Bagi mereka yang hendak ubah portfolio pelaburan kearah instrumen yang lebih berisiko tinggi tapi tidak mempunyai ilmu, kami akan menganjurkan bengkel saham dan FCPO pada Januari 2020.

Bagi mereka yang telah lama melabur tapi masih tidak mampu menjana keuntungan yang konsisten, kami ada sediakan copytrade analisis yang terbukti berkesan.

fcpo

KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI