Bagaimana Nak Trade Forex Syariah Compliance? | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bagaimana Nak Trade Forex Syariah Compliance?

Facebook
Twitter
WhatsApp
fcpo-vs-forex

Nak tahu caranya?
Kena fahamkan 3 perkara, iaitu :

  1. Lani
  2. Forward
  3. Futures

Saya analogikan dengan kelapa sawit ya,
Harapnya korang faham lah,
Baca perlahan-lahan.

 

Lani

Lani atau orang pantai timur panggil “Loni!”
atau orang utara panggil “la ni juga”
bermaksud on the spot.

Transaksi yang kena berlaku on the spot,
Bayar terus dapat barang.

Contoh,
Wafi bayar Azrul RM3,000 untuk satu tan kelapa sawit,
Wafi terus dapat setan tu.

Transaksi ni biasa berlaku dipasaran runcit.

Kita sebagai trader,
bukan nak kelapa sawit tu,
kita nak perbezaan harga sekarang dan masa akan datang,
disitulah kita menjana keuntungan.

“Eh, macam speculator je”

Memang pun,
Trader ni macam speculator juga.

Trader akan jangkakan harga akan naik atau turun.

Sebenarnya,
benda ni nenek moyang kita dah amalkan dari dulu lagi.
Cuma, gaya tradisional.

Ini kena baca seterusnya.

 

 

Forward

Kalau setakat sebiji dua biji boleh lagi nak jual beli on the spot.
Tapi, kalau dah banyak ada risikonya.

Kena harga kelapa sawit tu jatuh nanti,
pening kepala peladang.

Jadi, wujudlah kontrak ‘forward’ ni.
Ni saya bagi analogi untuk mudah faham.

Azrul sebagai peladang kelapa sawit risau harga kelapa sawit akan jatuh daripada RM2,500 ke RM2,000.

Manakala Wafi jangkakan harga akan naik berdasarkan analisa yang dibuat.

Maka, Wafi pun tawarkan kepada Azrul harga RM2,500 setan,
Azrul pun apa lagi,
dia pun setuju dengan harga Wafi yang akan dijual dalam 3 bulan akan datang.

Nampak kan?
Disinilah berlaku spekulasi harga.

Kalau anda sudah faham kontrak ‘Forward’ ni,
lagi mudah nak faham pasal ‘Futures’.

 

FUTURES

Beza futures dengan forward adalah futures melibatkan pihak tengah yang mengawal perubahan harga.

Dalam kes FCPO,
Bursa Malaysia Dervative (BMD) adalah pihak pengantara yang mengawal selia perubahan harga.

Baik,
berbalik kepada persoalan awal,
bagaimana nak pastikan trade forex syariah compliance?

Apa masalah yang ada sebenarnya?

Nampak tak?

Masalahnya adalah pada platform elektronik yang ada,
trader berdagang dalam kaunter Apple contohnya,
tapi betul ke trader ada pegangan Apple tu?

Atau,
adakah sekadar pergerakan harga yang seiring dengan harga saham yang sebenar?

Salah satu caranya,
buatlah transaksi forex tu secara on the spot di money changer.

Tapi siapalah yang gigih sangat nak pergi money changer setiap hari kan?

Alternatif kedua untuk trade dan jana keuntungan dua hala,
market jatuh dan naik boleh buat untung adalah FCPO.

Untuk maklumat lanjut berkenaan FCPO,
anda boleh klik butang dibawah ni.

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI