Hedge fund merupakan salah satu institusi kewangan yang melaburkan duit pelabur dan mengambil caj perkhidmatan atas pelaburan yang dijalankan. Kebiasaanya pelabur yang melabur dalam hedge fund ini adalah golongan pertengahan dan atasan yang mempunyai modal besar. Yuran pelaburan untuk melabur dalam hedge fund ini kebiasanya sangat tinggi berbanding dengan pelaburan mutual fund.
Walaupun hedge fund merupakan institusi yang pakar dengan pelaburan, mereka juga tidak lari daripada terkena waktu pasaran sedang merah. Namun, mereka mempunyai cara untuk mengharungi waktu ini dengan baik.
-
Kenal pasti latar belakang syarikat yang ingin dilaburkan
Semestinya di waktu pasaran tidak tentu hala ini, syarikat yang mempunyai fundamental yang baik juga akan terkena tempiasnya. Namun, pada kebiasaannya, syarikat-syarikat begini akan membuat kenaikan harga saham semula kerana mereka mempunyai operasi yang jelas serta urus kewangan yang baik
-
Kenal pasti harga saham syarikat yang berpadanan dengan modal
Sekiranya pasaran tengah merah, adalah lebih baik untuk kita berhati-hati dalam menjaga modal supaya tidak menerima kerugian yang teruk. Pergerakan harga saham yang murah apabila ia meningkat, keuntungannya sangat memberangsangkan. Namun, apabila harganya jatuh, kerugian yang diterima juga lebih besar.
Berbanding dengan syarikat yang punyai harga saham yang lebih mahal. Kadar naik turun sesen saham tidak banyak, maka pelabur mampu mengawal emosi ketika pasaran tengah merah
-
Mengamalkan konsep Dollar Cost Averaging
Dollar Cost Averaging merupakan suatu proses membuat pembelian unit saham tidak kira semasa harga sedang naik atau turun. Pelabur mengumpulkan unit saham dengan banyak sehingga mendapat satu harga purata.
Kadang-kadang, harga lagi jatuh, lagi pelabur tersebut akan membeli supaya unit puratanya juga akan jatuh. Sekiranya berlaku kenaikan harga pasaran, pelabur tersebut akan membuat keuntungan yang berganda
-
Gunakan indikator Fibonacci Extension untuk mengukur jarak waktu pembelian
Fibonacci Extension merupakan suatu indikator yang ramai pelabur gunakan untuk mengesan nisbah harga yang sesuai untuk dijadikan support atau resistance sesuatu harga saham tersebut.
Masih menggunakan konsep Dollar Cost Averaging, cuma kali ini pelabur dapat mencari harga yang lebih sesuai untuk membuat belian purata.
-
Membuat pengiraan pengurusan kewangan berdasarkan nilai Fibonacci Extension
Satu lagi cara sebelum pelabur membuat belian ketika melakukan Dollar Cost Averaging adalah membuat kiraan risk reward ratio.
Walaupun mengamalkan Dollar Cost Averaging, namun sekiranya keuntungan maksimum tidak berjaya dicapai, maka proses itu juga boleh dikatakan sia=sia. Sebelum membuat pembelian, kiralah dahulu potensi kerugian atau keuntungan yang bakal dijana daripada saham tersebut.
Kesimpulan
Untuk memahami gaya sebagai seorang trader hedge fund memang nampak susah namun tidak mustahil. Ini boleh dilakukan sekiranya anda berjumpa dengan orang yang betul.
Apa pun yang penting, untuk memahami semua ini anda haruslah berguru kerana guru mempunyai pengalaman yang lebih luas serta telah melalui sepak terajang dalam dunia pelaburan sebelum kita.
Sebagai seorang newbie, perlulah pilih guru yang betul. Supaya taklah keluar duit bayar kelas sana sini, tapi masih tak boleh trade.
Berita baik untuk anda, WR Trader Academy akan dedahkan rahsia dan teknik trade FCPO yang terbukti berkesan selama berbelas tahun dan digunakan secara rahsia oleh beberapa jutawan senyap untuk profit setiap hari dalam program terbaru kami.
3 rahsia trader jutawan yang bakal dibongkarkan dalam program RTF:
[ ? ] Rahsia asas mulakan pelaburan pertama di instrument FCPO dengan mudah walaupun anda tak pernah trade sebelum ini.
[ ? ] Rahsia Teknik RTF yang mudah dan ringkas tapi boleh menjadi ‘?????? ??????’ untuk mula mencetak duet dalam trading FCPO.
[ ? ] Rahsia bagaimana student WR jana ????% ????? ???? ? ????? dan boleh beli rumah. Terbukti berkesan.
Segala yang bakal anda belajar dalam Program RTF ini mungkin boleh menjadi ‘???? ???????’ anda pada tahun 2021 ini.
Klik link di sini untuk tahu info lanjut dan daftar SEKARANG!