Apa Itu OPR Dan Kesannya Pada Pasaran Bursa Malaysia | WR Trader Academy

Apa Itu OPR Dan Kesannya Pada Pasaran Bursa Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp

OPR merupakan ringkasan kepada Overnight Policy Rate yang bermaksud Kadar Dasar Semalaman di mana kadar ini merupakan tetapan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana kepada seluruh bank di Malaysia.

Tujuan OPR ini wujud adalah untuk mengawal selia kadar Ringgit Malaysia agar tidak tergugat dengan kejatuhan ekonomi.

Situasinya adalah seperti begini, pendeposit membuat simpanan di dalam bank dan bank juga akan menyediakan fasiliti pinjaman kepada peminjam. Apabila pinjaman keluar berlaku dengan amat banyak, bank pula akan membuat pinjaman daripada bank lain. Di sinilah OPR berlaku.

Apa kesannya sekiranya OPR meningkat?

Apabila kadar pinjaman dalam negara berada pada kadar tinggi, BNM akan meningkat OPR bagi memperlahankan perbelanjaan aliran tunai sekaligus membantu meningkatkan simpanan dalam negara.

Apabila ini berlaku, peminjam akan membuat kadar bayaran yang lebih tinggi serta tempoh pinjaman menjadi lebih panjang.

Apa kesannya sekiranya OPR menurun?

Apabila kurangnya pinjaman dilakukan dalam negara, ini menunjukkan bahawa keadaan ekonomi semasa berada dalam keadaan tidak stabil.

BNM ingin menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam negara, maka kadar OPR direndahkan supaya peminjam dapat membayar faedah dengan lebih rendah. Sekaligus ia mampu meningkatkan simpanan rakyat.

Apabila rakyat mempunyai simpanan yang lebih, ekonomi dapat dirangsang semula kerana rakyat sudah mampu untuk berbelanja.

Kesan kepada Bursa Malaysia

Secara teknikalnya, tiada signifikasi yang besar berlaku kepada pergerakan harga saham dan pasaran hadapan Bursa Malaysia apabila kadar OPR dinaikkan atau diturunkan. Ianya lebih kepada ‘knee jerk reaction’ apabila pedagang di Bursa terlalu sensitif dengan berita ekonomi negara. Maka, pergerakan saham ketika berlakunya pengumuman OPR ini akan bergerak perlahan berbanding hari-hari biasa.

Sebab itu amat penting untuk anda memahami trading plan apabila menjadi pedagang di Bursa Malaysia. Sekiranya anda hanya terikut-ikut dengan berita tanpa ada trading plan yang jelas, pasti akan tersesat di tengah jalan.

Belajarlah trading plan yang betul

Jika anda tercari-cari panduan atau mentor untuk berdagang di Bursa Malaysia, kami syorkan untuk anda berdagang di Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI