Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan banyak sektor ekonomi terjejas. Dengan peningkatan kes penularan COVID-19, terdapat khabar bahawa kerajaan ingin melaksanakan PKP secera penuh sekaligus menghentikan segala sektor ekonomi.
Hampir 100 kluster COVID-19 di Malaysia adalah berkait dengan sektor pembuatan dan pembinaan. Maka, tidak mustahil pihak KKM akan membuat tuntutan kepada kerajaan untuk menutup sektor-sektor ini buat sementara waktu.
Apa kesan kepada pasaran modal?
Seperti mana yang kita sedia maklum, pasaran Bursa Malaysia sangat sensitif dengan berita-berita atau pengumuman yang berlaku di peringkat nasional. Walaupun berita ini barulah diperingkat ‘khabar angin’ sahaja, pasti akan berlaku pergerakan harga yang drastic kepada pasaran Bursa Malaysia.
Inilah yang dinamakan ‘knee-jerk reaction’. Jika ingin tahu lanjut tentang apa itu ‘knee-jerk reaction’, boleh baca lanjut di sini.
Apa tindakan para trader harus lakukan?
1. Ambil keuntungan jika nampak pergerakan harga turun secara tiba-tiba
Sekiranya anda telah berada dalam posisi untung, ikut sahaja SOP See Money, Take Money. Ada untung, jual terus
2. Jaga zon cut loss
Sekiranya anda berada pada paras kerugian, pastikan anda minimakan kerugian anda. Jangan berharap untuk harga akan kembali naik dengan amat cepat
3. Buat average down
Lakukan average down jika anda yakin dengan analisis fundamental syarikat yang anda labur. Saham syarikat itu mungkin akan turun seketika, namun pasti kembali ke paras fair valuenya kerana syarikat tersebut bijak memastikan kestabilan kewangan mereka.
4. Tukar portfolio perdagangan ke pasaran 2 hala
Bursa Malaysia menyediakan 2 portfolio pelaburan iaitu sekuriti dan derivatif. Sekuriti terdiri daripada pemilikan saham syarikat, manakala derivatif terdiri daripada pasaran produk komoditi.
Anda boleh cuba untuk berdagang di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) kerana ianya merupakan satu-satunya produk Bursa Malaysia yang disahkan menepati kelulusan syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. FCPO merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.
KESIMPULAN
Penting untuk anda faham apa akan terjadi sekiranya kerajaan melakukan penutupan penuh ekonomi akibat penularan wabak COVID-19. Sebagai trader, kita perlu sensitive dengan isu-isu diperingkat nasional.
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.
Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.
Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.
Jumpa anda di sana!