Adakah Melabur Itu Suatu Kewajipan? | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Adakah Melabur Itu Suatu Kewajipan?

Facebook
Twitter
WhatsApp

Semakin meningkat usia, semakin kita sedar bahawa penatnya bekerja untuk mendapatkan kestabilan kewangan. Maka, pilihan yang paling tepat untuk memastikan duit kita bekerja untuk kita adalah dengan melakukan pelaburan.

Apakah itu pelaburan?

Pelaburan adalah suatu bentuk komitmen kewangan bagi membuat pemilikan aset yang digunakan bertujuan untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan sama ada dalam bentuk pendapatan mahupun faedah.

Kenapa kita perlu melabur?

1. Untuk menangani kenaikan inflasi

Inflasi merupakan satu bentuk penyusutan nilai matawang tahun demi tahun.

Macam mana ini boleh berlaku?

Ini disebabkan oleh banyak faktor dan faktor paling jelas sekali adalah kenaikan harga barangan.

Bayangkan anda menyimpan RM10,000 pada tahun ini, adakah nilainya akan sama 10 tahun akan datang?

Inilah pentingnya pelaburan. Sekiranya anda meletakkan simpanan RM10,000 anda dalam instrumen pelaburan yang boleh beri pulangan 10% setahun, dalam tempoh 10 tahun, anda mampu gandakan wang anda menjadi RM25,937.

2. Untuk mencapai matlamat kewangan yang diinginkan dengan cepat dan mudah

Setiap orang ada pelbagai matlamat kewangan masing-masing. Ada yang ingin membeli rumah, simpanan pendidikan anak-anak, ada juga yang mahu buat simpanan untuk waktu pencen.

Sekiranya simpanan kita bekerja tidak dilaburkan, masa untuk kita mengecapi amaun yang cukup untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing itu adalah amat lambat kerana pulangan kewangan berkadar terus dengan usaha atau kerja yang kita lakukan.

Sekiranya kita letakkan simpanan dalam instrumen pelaburan, duit akan berkembang dengan lebih cepat sekaligus memudahkan kita mencapai matlamat kewangan yang diidamkan.

3. Untuk menjana pendapatan

Sekiranya anda punya lebihan simpanan yang tidak dipakai, apa kata membuat pelaburan jangka masa pendek untuk menambahkan pendapatan. Anda boleh bermula dengan membuat pelaburan di instrumen yang kurang berisiko dahulu seperti Simpanan Tetap, ASB mahupun Tabung Haji.

Sekiranya anda inginkan pulangan yang lebih tinggi serta cepat, namun mempunyai risiko yang agak tinggi juga, anda boleh cuba untuk menjadi pedagang di Bursa Malaysia. Anda boleh melabur di intrumen sekuriti (saham) mahupun derivatif (pasaran hadapan).

Melalui pelaburan cara ini, anda perlulah mengenalpasti risiko yang mampu anda tanggung. Malahan, untuk bermula, anda harus belajar supaya anda mampu memaksimakan keuntungan serta mengurangkan kerugian.

Anda boleh cuba untuk berdagang di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) kerana ianya merupakan satu-satunya produk Bursa Malaysia yang disahkan menepati kelulusan syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. FCPO merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.

Kesimpulan

Sekarang anda sudah faham kenapa pelaburan amat penting kepada diri anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah bertindak dengan segera agar simpanan anda mampu menjana pendapatan kepada anda pada masa hadapan.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI