Ini adalah 9 perkara yang anda kena tahu tentang FCPO:
1. FCPO atau Futures Crude Palm Oil adalah kontrak derivatif minyak sawit mentah yang didagangkan di Bursa Malaysia Derivatives.
2. Pasaran FCPO Malaysia telah menjadi tanda aras harga global bagi pasaran minyak sawit mentah dunia sejak Oktober 1980.
3. Kontrak FCPO telah diiktiraf patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Bursa Malaysia.
4. 1 lot FCPO mewakili 25 Tan Metrik minyak sawit mentah.
5. Pergerakan 1 lot (1 tick) di dalam carta mewakili nilai sebanyak RM25.
6. Kontrak FCPO berakhir pada tengah hari 15 haribulan, setiap bulan.
7. Kontrak paling aktif adalah pada bulan ketiga dari tempoh sekarang (contoh: selepas 15 Ogos, kontrak paling aktif ialah pada bulan November). Maka kontrak ini akan menjadi pilihan para trader untuk berurus niaga.
8. Pasaran bergerak dua hala. Trader boleh buat untung (atau rugi) ketika pasaran menaik atau menurun.
9. Masa urus niaga FCPO ialah dari 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan 2.30 sehingga 6.00 petang.
‘Invest in Education’
Terus-menerus menambah pengetahuan, pengalaman, dan ini membantu untuk kita dapat lebih keyakinan.
Mula belajar trading!
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.
Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.
Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.
Jumpa anda di sana!