6 Tip Mengawal Emosi Ketika Trading | WR Trader Academy

6 Tip Mengawal Emosi Ketika Trading

Facebook
Twitter
WhatsApp

Tak kiralah baru atau lama, emosi ketika trading memang adalah satu masalah universal.
Takut, tamak, berdebar-debar. Macam-macam perasaan timbul.

Ini 6 tip mengawal emosi ketika trading:

1. Ada ‘rules’ yang jelas

Ketahui dengan jelas perkara-perkara yang perlu ketika trading. Apakah trend pasaran, bila entry, bila exit, bila take profit, money management, bila cut loss dan sebagainya.

Ambil masa buat persediaan sebelum masuk pasaran.

2. Sediakan ‘check-list’

Tuliskan trading plan anda dalam bentuk check list. Ini memudahkan anda untuk melihat posisi anda dengan jelas ketika anda hendak mula trading.

3. Ragu-ragu? Paper trade dahulu

Berlatih atau paper trade dahulu. Hanya masuk pasaran apabila anda benar-benar yakin.

Bersedia untuk loss, dan terima itu hanyalah sebahagian daripada perjalanan anda sebagai seorang trader. Jangan balas dendam.

4. Sediakan Trading Journal

Tulis apa position yang anda sedang ambil dan perkara-perkara penting seperti entry price, stop loss price, take profit price, win/loss dan nota.

Daripada trading journal ini, anda akan dapat lihat adakah anda berdisiplin mengikut teknik yang anda pilih, dan membuat penambahbaikan.

5. FCPO bukan skim cepat kaya

Baca Bismillah dan sentiasa beringat pasaran boleh buat anda untung dan rugi.

Berusaha untuk jadi neutral ketika memasuki pasaran.

6. Sistem sokongan

Sentiasa berada di dalam lingkungan rakan-rakan trader dan guru untuk menajamkan skil trading di samping melihat bagaimana rakan-rakan yang lain mengawal emosi mereka ketika trading.

Kita boleh lihat apakah kelebihan atau kelemahan rakan-rakan sepasukan dan ‘tiruvasi’ mana yang perlu, di samping kita boleh meminta nasihat daripada guru dan kelompok rakan yang memahami.

WR menyediakan FB Support untuk Modul L1, Wykoff, dan TSTP, dan Telegram Support dan Live Trading untuk Modul Super Trader.

7. ‘Invest in education’

Terus-menerus menambah pengetahuan, pengalaman, dan ini membantu untuk kita dapat lebih keyakinan.

Mula belajar trading!

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Untuk mendapatkan tips-tips percuma dan info dengan
LEBIH CEPAT
subscribe Telegram kami.