5 Cara Buat Duit Di Rumah | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

5 Cara Buat Duit Di Rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Zaman mencabar seperti sekarang menuntut kita menjadi lebih fleksible dan kreatif untuk tambah pendapatan diri dan keluarga.

Kita perlu lebih terbuka kepada peluang-peluang alternatif buat duit.

Dan kita perlu lebih rajin menambah skill demi menebalkan poket.

Menariknya, dengan kemajuan teknologi internet, kita boleh melakukan kesemua ini secara selesa dari rumah sahaja.

Berikut adalah 3 cara untuk cash out dari rumah:

 

1. Menulis

Dengan pesatnya aktiviti pemasaran, iklan-iklan, content marketing, khidmat penulis amatlah diperlukan.

Untuk penulisan berbahasa Inggeris, anda boleh bermula di fiverr.com, upwork.com dan freelancer.com

Untuk penulisan berbahasa Melayu, anda boleh mula mengikuti guru-guru penulisan seperti Zamri Mohamad dan Azzah Abdul Rahman untuk mengetahui peluang-peluang yang ada.

Anda boleh menulis tentang kemahiran anda, lalu menjualnya sebagai ebook.

Ada juga orang-orang kenamaan dan VIP berminat menulis buku sendiri, tetapi tidak cukup masa, lalu mereka mencari ghost writer untuk menulis bagi pihak mereka. Maka anda boleh mengambil upah untuk menyiapkan buku mereka.

 

2. Jaga media sosial

Kalau anda kelakar orangnya, anda mungkin orang yang tepat untuk jaga media sosial syarikat atau influencer yang lain.

Kerja-kerja anda termasuklah update media sosial, sama ada Facebook, Twitter, Instagram atau Facebook.

Gambar-gambar, artikel pendek, kata-kata, video adalah sebahagian jenis konten yang akan menjadi ‘permainan’ anda.

Anda juga mungkin bertanggungjawab menjawab komen-komen, mesej dan sebagainya.

 

3. Mengajar dari rumah

Dengan adanya Zoom dan Google classroom, anda sudah boleh mengambil pelajar-pelajar, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Ajar mereka perkara yang anda ketahui, contohnya, membuat akaun, bermain gitar atau internet marketing.

Ambil upah dari pelajar-pelajar tersebut.

Beritahu rakan-rakan dan keluarga tentang khidmat anda di Whatsapp dan Facebook, atau anda boleh mendaftar di TakeLesson untuk mula mengajar.

 

4. Jual barang online

Zaman sekarang mudah, anda boleh menjual di Shopee, Lazada, Mudah atau Carousell dengan pantas sekali.

Sama ada anda membuat stok sendiri atau bermula sebagai dropshipper.

Zaman sekarang jual kek pun boleh hanya melalui dropshipper sahaja.

 

5. Berdagang online

Bila berdagang ni, selalu orang ingat saham.

Tetapi di Malaysia, dalam Bursa, ada satu market lagi yang lebih pantas buat duit (high return high risk) iaitu Futures Crude Palm Oil (FCPO).

Ada orang bermula part time sahaja pun, ada yang sehingga berhenti kerja setelah kerja-kerja trading dia menjana untung lebih tinggi dari gaji bulanan.

FCPO bergerak lebih pantas kerana lebih ramai player, menjadikan volume lebih tinggi. Lagipun anda boleh buat duit ketika market menaik dan market menurun.

Sebelum terus terjun dalam dunia trading ini, apa kata familiarize diri anda dengan bidang ini.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO:

Saya sarankan anda menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik LINK INI dan masukkan maklumat anda di laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI