5 Aplikasi Wajib Ada Dalam Telefon Bagi Seorang Trader | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

5 Aplikasi Wajib Ada Dalam Telefon Bagi Seorang Trader

Facebook
Twitter
WhatsApp

Berdagang di pasaran saham mahupun komoditi kini lebih mudah apabila dengan berkembangnya teknologi, semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Untuk mereka yang sibuk dan aktif di tempat kerja, pasti amat berguna apabila informasi pergerakan saham serta transaksi jual beli kini hanya boleh dilakukan melalui telefon pintar sahaja.

Dalam artikel ini kami ingin kongsikan 5 aplikasi wajib ada dalam telefon bagi trader.

1. Tradingview

Tradingview menyediakan sumber ringkas tentang maklumat penting syarikat seperti syarikat tersebut terlibat dalam sektor apa, harga semasa saham syarikat serta kedudukan kewangan syarikat.

Yang menjadikan ramai trader berminat untuk menggunakan Tradingview adalah kerana carta teknikal yang disediakan sangat mesra pengguna. Anda boleh melakukan analisis teknikal di dalam Tradingview.

Terdapat pilihan untuk menggunakan Tradingview secara percuma mahupun premium. Dengan pelan premium, anda dapat menggunakan semua penanda teknikal yang anda inginkan tanpa had. Dapatkan maklumat lanjut tentang Tradingview di sini.

2. KLSE Screener

Aplikasi ini khusus digunakan untuk mengesan kaunter-kaunter yang berada di dalam Bursa Malaysia.

Antara fungsi menariknya adalah pemilihan kaunter, maklumat syarikat, notifikasi pergerakan pasaran, berita perkembangan daripada syarikat mahupun Bursa Malaysia, kalkulator pengiraan untung rugi dan pelbagai lagi.

3. Investing.com

Seperti Tradingview, Investing.com juga merupakan platform para pedangan melihat carta serta maklumat syarikat dalam negara dan antarabangsa. Cuma, platform Investing.com tidak semesra pengguna seperti Tradingview.

Investing.com menjadi laman carian para pedagang yang ingin mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa. Apa sahajaa yang terjadi kepada pasaran antarabangsa mampu memberi impak kepada pergerakan harga pasaran tempatan.

4. MyStock

MyStock merupakan aplikasi kalkulator pengiraan untung rugi yang mudah digunakan oleh para trader. Tidak perlu lagi membuat pengiraan manual di kalkulator tangan mahupun di atas fail Excel, kini semuanya di hujung jari.

Menariknya, MyStock menyediakan pengiraan untung rugi termasuk kos broker serta kos pelepasan mengikut platform broker mana yang anda gunakan.

5. BURSA MARKET PLACE

BURSA MARKET PLACE dibangunkan sendiri oleh Bursa Malaysia bagi menggalakkan lebih ramai orang terlibat dengan aktiviti berdagang di Bursa Malaysia.

Paparan antaramuka yang sangat mesra pengguna sangat sesuai untuk para pedagang baru menimba pengalaman melakukan transaksi jual beli di atas kertas. Selain itu terdapat juga latihan serta pendidikan tentang celik saham diajarkan oleh para fasilitator bertauliah agar para pedagang dapat membuat pilihan bijak ketika berdagang secara realiti nanti.

Kesimpulan

Dengan terbangunnya pelbagai aplikasi serta informasi di hujung jari anda, apa lagi alasan anda untuk tidak mahu berdagang di Bursa Malaysia?

Tambahan lagi, Bursa Malaysia juga mempunyai satu produk perdagangan yang mempunyai ciri-ciri seperti saham namun ia mendagangkan produk komoditi. Malahan ianya merupakan satu-satunya bahan dagangan patuh syariah di Bursa Malaysia Derivatif.

Ia merupakan Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah atau pun Futures Crude Palm Oil (FCPO).

FCPO merupakan salah satu instrumen pelaburan dan perdagangan produk komoditi di bawah selian Bursa Malaysia. Menariknya tentang FCPO ni, anda boleh membuat keuntungan ketika pasaran sedang menaik mahupun pasaran sedang mengalami kejatuhan.

Jadi, apa kata anda cuba belajar berdagang di FCPO.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini, sila klik link ini dan masukkan maklumat anda di dalam laman tersebut.

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI