Untuk menjadi seorang trader yang berjaya serta mampu menjana pendapatan yang banyak adalah impian bagi setiap trader. Tidak ada makna jika berimpian sahaja, apabila setiap kali berdagang, keputusan yang dihasilkan tidak konsisten.
Maka di sinilah perlunya kerja keras dan memberi tumpuan sepenuh perhatian untuk terus belajar dan mengaplikasikannya ke dalam pasaran. Mari kami ulas tanda-tanda anda akan menjadi trader berjaya.
1. Anda sudah jatuh hati dalam bidang kewangan
Ya, ini adalah perasaan pertama yang anda akan rasai. Selepas anda mula memahami bagaimana trade di Bursa Malaysia boleh memberi keuntungan, anda akan cuba mencari instrumen-instrumen lain mahupun teknik-teknik lain agar dapat memaksimakan keuntungan pada masa hadapan.
2. Anda bekerja keras dan mampu menangguh kepuasan demi masa hadapan
Melabur dan berdagang adalah proses untuk duit menghasilkan duit. Anda faham bahawa duit yang anda laburkan akan memberi pulangan lebih berganda pada masa akan datang.
Maka, anda akan berusaha untuk mendapatkan pendapatan serta melaburkannya demi masa hadapan tanpa mengira betapa susahnya untuk anda bekerja.
3. Anda pentingkan pengurusan risiko daripada jumlah profit
Ini yang dipanggil money management. Sebelum anda masuk ke dalam pasaran, anda telah membuat pengiraan risiko yang anda sanggup terima sekiranya pergerakan pasaran terpesong daripada jangkaan anda.
Apabila kita berjaya mengawal risiko, ini bermakna kita sangat berdisiplin dengan trading plan yang telah kita tetapkan.
4. Anda boleh mengawal emosi dan berfikir secara logik
Seperti yang dinyatakan di atas, anda harus ada trading plan dan SOP anda sendiri. Yang penting, anda patut ikut bulat-bulat SOP yang telah ditetapkan.
Ini mampu mengawal diri anda daripada gangguan emosi ketika berdagang. Apabila emosi anda stabil, anda mampu membuat keputusan dengan lebih tenang.
Kesimpulan
Untuk menjadi trader berjaya, memang banyak yang perlu anda korbankan. Semuanya demi kesenangan anda juga pada masa hadapan.
Nak tak kami share cara-cara untuk menjadi trader berjaya?
Kalau nak, jom sertai kami dalam program RAHSIA TRADER FCPO (RTF).
3 rahsia trader jutawan yang bakal dibongkarkan dalam program RTF:
[ 1 ] Rahsia asas mulakan pelaburan pertama di instrument FCPO dengan muda walaupun anda tak pernah trade sebelum ini.
[ 2 ] Rahsia Teknik RTF yang mudah dan ringkas tapi boleh menjadi ‘secret weapon’ untuk mula mencetak duet dalam trading FCPO.
[ 3 ] Rahsia bagaimana student WR jana 1000% dalam masa 6 bulan dan boleh beli rumah. Terbukti berkesan.
Segala yang bakal anda belajar dalam Program RTF ini mungkin boleh menjadi ‘life changer’ anda pada tahun 2021 ini.
Jom klik di sini untuk sertainya sekarang!