Pening kepala dengan pasaran Bursa Saham ni. Bila ada berita yang tidak mengembirakan di peringkat nasional, pasti pergerakan pasaran akan bereaksi selari dengan berita.
Yang main intraday terpaksa buat cut loss, yang main swing pasti mengalami penurunan keuntungan.
Jadi, apa yang patut pedagang buat ketika pasaran tengah merah serta merudum jauh ke dasar laut? Mari kami kongsikan tips di bawah untuk anda.
1. Berhenti berdagang
Ya, berhenti daripada memasuki pasaran ketika banyak kaunter jatuh berbanding kaunter yang sedang naik.
Sentimen pasaran ketika itu sangat teruk. Dikhuatiri sekiranya anda membuat entry juga, anda akan mengalami kerugian yang amat menyakitkan.
2. Cut loss
Anda sudah sedia ada mengalami kerugian. Apabila market merah, anda bertambah rugi. Adakah anda sanggup membiarkan kerugian anda bertambah parah?
Cut loss sahaja. Memang ianya perit, namun setidaknya anda dapat meminimumkan kerugian yang anda alami.
Sekiranya harga pasaran makin jatuh, adakah anda masih kuat menanggung kerugian itu?
3. Average down
Ini teknik yang sesuai untuk mereka yang mempunyai dana yang banyak. Menggunakan konsep Ringgit Cost Averaging, semakin harga jatuh, semakin anda beli.
Jumlah milikan saham anda akan bertambah. Harga seunit saham anda akan menjadi semakin rendah kerana anda membuat pembelian kali pertama pada harga tinggi, kemudian membuat pembelian seterusnya pada harga yang lebih rendah.
Bursa akan membuat purata harga milikan saham anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah menunggu sehingga tibanya hari momentum volume masuk bagi menggerakkan semula harga saham anda melebihi harga purata tadi.
4. Berdagang di instrument 2 hala
Bursa Malaysia menyediakan 2 portfolio pelaburan iaitu sekuriti dan derivatif. Sekuriti terdiri daripada pemilikan saham syarikat, manakala derivatif terdiri daripada pasaran produk komoditi.
Anda boleh cuba untuk berdagang di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) kerana ianya merupakan satu-satunya produk Bursa Malaysia yang disahkan menepati kelulusan syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. FCPO merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.
KESIMPULAN
Jadi, dalam post ni anda dah belajar tips yang anda perlu lakukan ketika pasaran sedang merah.
Penting untuk anda ikuti tips diatas supaya anda tidak tersedekahkan keuntungan yang telah anda ke Bursa semula
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk sertai webinar Online ‘6 Perkara Paling Best Buat Duit Dengan FCPO’.
Anda akan dibongkarkan dengan 6 rahsia trader jutawan yang akan dibongkarkan dalam webinar ini.
Jadi apa tunggu lagi? Klik sini untuk maklumat lanjut. Tawaran adalah terhad!