3 Perkara Trader Bursa Wajib Tahu Untuk Buat Keuntungan Ketika Pasaran Sedang Merah | WR Trader Academy
Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

3 Perkara Trader Bursa Wajib Tahu Untuk Buat Keuntungan Ketika Pasaran Sedang Merah

Facebook
Twitter
WhatsApp

Berdagang saham memang seronok bila pasaran tengah bullish. Tekan buy sambil pejam mata pun silap-silap boleh untung.

Tapi apa yang tak seronoknya ialah bila pasaran tengah bearish. Segala jenis ilmu yang kita belajar, tak kisahlah sama ada ilmu TA, FA, PVA dan lain-lain, semuanya serba tak menjadi.

Yang sedihnya lagi, dari seorang intraday trader (kononnya), akhirnya terpaksa jadi swing trader dengan harapan kaunter yang kita beli naik semula.

Dalam post ni, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana anda boleh menjana keuntungan yang konsisten walaupun ketika pasaran sedang bearish.

1. See Money Take Money

Apa itu See Money Take Money?

Bahasa mudahnya, apabila anda nampak saham yang anda dagangkan telah menemui keuntungan, anda harus cepat-cepat bersedia untuk mengambil untung dengan menjual saham tersebut. Ini kerana, market tengah merah. Bersyukurlah kaunter saham yang anda pegang itu sedang hijau.

Antara tips yang kami sarankan, anda boleh meletakkan trailing stop price limit bawah daripada harga semasa ketika saham yang anda pegang itu dalam keadaan hijau. Sekiranya harga meningkat naik, ia adalah bonus, sekiranya harga jatuh, ia akan terkena kepada stop limit yang anda setkan lalu menyelamatkan anda daripada kerugian.

2. Ikut sentimen sektor

Sentimen merupakan unsur yang paling berguna ketika anda berdagang. Sentimen ini bagaikan tema apa yang sedang berlaku pada hari dagangan tersebut.

Contohnya, pada musim Covid-19, sektor yang sedang mengalami sentimen yang agak kuat adalah sektor kesihatan. Kaunter-kaunter yang berasaskan sarung tangan getah, pakai perlindungan keselamatan (PPE), topeng muka dan vaksin adalah antara kaunter yang anda patut masukkan dalam senarai pilihan pembelian. Peluang untuk anda meraih pulangan keuntungan adalah  sangat tinggi apabila anda memilih kaunter daripada sektor ini.

3. Berdagang di instrumen 2 hala

Bursa Malaysia menyediakan 2 portfolio pelaburan iaitu sekuriti dan derivatif. Sekuriti terdiri daripada pemilikan saham syarikat, manakala derivatif terdiri daripada pasaran produk komoditi.

Anda boleh cuba untuk berdagang di pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO) kerana ianya merupakan satu-satunya produk Bursa Malaysia yang disahkan menepati kelulusan syariah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. FCPO merupakan pasaran 2 hala di mana anda boleh membuat keuntungan ketika market sedang bullish, dan juga ketika market sedang bearish.

Kesimpulan

Jadi, dalam post ni anda dah belajar tentang cara nak cipta keuntungan walaupun ketika pasaran merah.

Penting untuk anda ikuti tips diatas supaya anda tidak tersedekahkan keuntungan yang telah anda buat ketika pasaran bullish.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan FCPO, kami sarankan anda untuk menyertai Group Facebook Pembelajaran Trading PERCUMA kerana di dalam group tersebut telah disediakan video-video untuk anda mempelajari tentang FCPO.

Untuk menyertai group ini,sila masukkan maklumat anda diruangan dibawah untuk mendapatkan link akses ke group tersebut

Pastikan email yang diberi adalah email yang betul dan aktif.

Jumpa anda di sana!

BACA JUGA

Langgan Nota Idea Trading Ekslusif Sekarang

Mesti Baca

SERTAI PROGRAM KAMI